View: 813|Reply: 1
|
MSWP salur bantuan RM378,000
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) meneruskan komitmen dengan Penyerahan Bantuan Pentadbiran kepada Persatuan Sukan Wilayah Persekutuan Tahun 2021 yang berjumlah RM378,000.
Penyerahan bantuan disempurnakan oleh Pengerusi MSWP, Datuk Ramlan Shahean @ Askolani secara maya membabitkan kesemua wakil 92 persatuan sukan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
"Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi MSWP mengekalkan komitmen terhadap pembangunan atlet di Wilayah Persekutuan. Penyerahan bantuan itu tetap diadakan biarpun secara maya.
"Pemilihan 92 persatuan sukan ini dibuat berdasarkan penyenaraian sukan di Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2022 dan juga persatuan sukan serta kelab sukan untuk program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan.
"Pemberian bantuan pentadbiran ini juga sebahagian dalam usaha untuk memastikan program pembangunan sukan yang berterusan biarpun negara masih lagi dalam pandemik Covid-19.
"Disebabkan itu, MSWP kekal dengan pemberian elaun atlet dan jurulatih sepanjang PKP dengan perbelanjaan sebanyak RM300,000 pada setiap bulan," katanya.
Dalam majlis yang sama, MSWP turut menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 bersama semua persatuan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan bacaan ikrar Rukun Negara, penyampaian sajak oleh Setiausaha Pesaka Kuala Lumpur, Sudirman Arifin.
Untuk makluman, hampir 100 peratus atlet Wilayah Persekutuan yang berumur 18 tahun ke atas sudah memperoleh vaksin Covid-19.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramlan (dua kiri) menyempurnakan gimik penyampaian cek bantuan kepada Pengarah MSWP, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri (dua kanan). |
|
|
|
|
|
|
| |
|