CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 0

[Sarawak] Premis di bawah Majlis Daerah Limbang ditutup tiga hari bermula esok

[Copy link]
Post time 1-9-2021 09:58 AM | Show all posts |Read mode


Sufian (kanan) ketika memaklumkan penutupan operasi kepada peniaga di Bangunan Tamu Limbang hari ini.

LIMBANG: Semua premis perniagaan di bawah Majlis Daerah Limbang (MDL) ditutup selama tiga hari berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di daerah ini bermula esok sehingga 3 September (Jumaat).

Walikota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata premis perniagaan yang terlibat termasuk Bangunan Tamu Limbang, Pasar Limbang, Medan Selera Limbang dan Medan Bangkita Limbang.

“Berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di daerah ini, premis perniagaan milik MDL ditutup selama tiga hari bagi memudahkan proses sanitasi,” katanya kepada media hari ini.

Sufian berkata semua peniaga dan orang ramai dilarang untuk berkunjung dan berada di dalam bangunan serta kawasan tersebut sepanjang tempoh penutupan.
Katanya tempoh penutupan ini adalah tertakhluk kepada perubahan dan arahan semasa.

“Ini bagi memberi laluan kepada pihak majlis menjalankan proses sanitasi keseluruhan bangunan dan mengelakkan sebarang pergerakan orang ramai di kawasan tersebut untuk mengekang penyebaran COVID-19.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam menghentikan penularan wabak ini,” ujarnya lagi.



utusanborneo.com.my/2021/08/31

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.102244 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list