CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 1

[Kedah] Mangsa kemalangan maut akibat COVID-19

[Copy link]
Post time 3-9-2021 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa kemalangan maut akibat COVID-19[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - September 3, 2021 @ 8:09pm[email protected]


Keadaan kereta PERODUA Kancil yang melanggar motosikal ditunggang mangsa dalam kemalangan Isnin lalu. - Foto ihsan PDRM



KULIM: Seorang lelaki yang patah kaki akibat kemalangan jalan raya, disahkan meninggal dunia kerana COVID-19 selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Kulim, di sini.

Mangsa, Shahran Asri, 49, hanya mengetahui dirinya dijangkiti COVID-19 selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta pada jam 7.30 pagi di Jalan Naga Lilit, Padang Serai, dekat sini, Isnin lalu.

Jangkitan virus itu disedari sejurus dia tiba di wad kecemasan sebelum saringan mendapati pekerja kilang terbabit positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam, berkata dalam kemalangan itu, sebuah PERODUA Kancil dipandu wanita berusia 25 tahun hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

"Siasatan mendapati pemandu kereta terbabit dikatakan cuba mengelak kenderaan lain di hadapannya sebelum dia hilang kawalan dan melanggar motosikal mangsa.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mereka cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sazalee berkata, pemandu kereta mengalami cedera ringan dan sakit di kepala, manakala Shahran pula patah kaki kanan.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di hospital, petugas yang melakukan saringan mendapati penunggang motosikal itu positif COVID-19.

"Berikutan itu, penunggang motosikal terbabit terus dimasukkan ke wad pesakit COVID-19 untuk rawatan lanjut," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam tadi disebabkan COVID-19.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailaihirojiunn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 1.151513 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list