CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2069|Reply: 4

[Kedah] 'Bunuh sebab rebut kawasan edar dadah'

[Copy link]
Post time 4-9-2021 09:52 PM | Show all posts |Read mode
'Bunuh sebab rebut kawasan edar dadah'[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - September 4, 2021 @ 8:17pm[email protected]


Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat (depan) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani, hari ini. - Foto BERNAMA



SUNGAI PETANI: Perebutan kawasan antara sindiket pengedaran dadah menjadi punca seorang penternak lembu ditembak dan ditikam dalam kejadian di Bukit Selambau dekat sini, bulan lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kes berkenaan mempunyai kaitan antara kumpulan kongsi gelap yang saling berebut bagi menentukan kawasan 'jajahan' masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, siasatan polis terhadap tujuh suspek mendapati kejadian bunuh itu lebih menjurus kepada perebutan kawasan mengedar dadah antara dua kumpulan kongsi gelap.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dengan ada beberapa suspek yang akan tamat tempoh reman esok.

"Kita akan bincang bersama pihak pendakwa raya dan tunggu arahan selanjutnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.

Dalam kejadian 24 Ogos lalu, mayat penternak lembu berusia 38 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan tembak dan tetak di badannya di tepi jalan Ladang Kelapa Sawit Kongsi 14, Bedong.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kes laki acik dagu yg eksiden sampai jadi sayo.

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dah serupa kat texas chicken
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sinaloa dgn jalisco cawangan sg petani ke ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.162691 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list