CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 1

[Kedah] Perkhidmatan feri Kuala Kedah ditutup esok berikutan PKPD

[Copy link]
Post time 5-9-2021 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Perkhidmatan feri Kuala Kedah ditutup esok berikutan PKPD[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 5, 2021 @ 10:23am[email protected]


Perkhidmatan feri Kuala Kedah ke Langkawi akan ditutup selama dua minggu bermula esok.\



ALOR SETAR: Perkhidmatan feri Kuala Kedah ke Langkawi akan ditutup selama dua minggu berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah yang bermula esok.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom, berkata terminal feri Kuala Kedah akan ditutup pada 6 September hingga 19 September ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, penumpang yang keluar masuk Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan feri di Kuala Perlis yang akan dibuka mulai esok dengan kekerapan satu perjalanan sehari.

"Bagi perjalanan Langkawi ke Kuala Perlis, ia akan beroperasi pada jam 11 pagi manakala perjalanan Kuala Perlis ke Langkawi ada pada jam 1 tengah hari

"Kekerapan perjalanan feri akan ditambah sekiranya mendapat permintaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharin berkata, jumlah kapasiti penumpang pada satu-satu masa hanya 50 peratus dibenarkan dari jumlah keseluruhan tempat duduk dalam feri.

Beliau berkata, kepada penumpang yang sudah membeli tiket bagi perjalanan Langkawi - Kuala Kedah - Langkawi dibenarkan untuk membuat tuntutan bayaran balik harga tiket melalui email seperti mana tercatat pada boarding pass bagi pembelian dalam talian.

"Selain itu, mereka boleh membuat tuntutan bayaran balik di kuanter bagi pembelian kuanter atau menukar perjalanan keluar masuk melalui Terminal Kuala Perlis," katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu ialah Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu dan dua zon dalam Mukim Kuala Kedah, Kota Setar bermula pada 6 September hingga 19 September ini susulan penularan COVID-19.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya..dengar nak PKPD kuala kedah dari bulan lepas lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.646368 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list