View: 911|Reply: 1
|
Pembelian Ronaldo tidak rasional - Wenger
[Copy link]
|
|
London: Arsene Wenger mendakwa keputusan Manchester United untuk mengikat semula pemain legenda kelab itu, Cristiano Ronaldo adalah "emosional" dan "tidak 100 peratus rasional."
Red Devils membayar Juventus yuran perpindahan sebanyak £12.9 juta (RM7413 juta) untuk mendapatkan bintang Portugal berusia 36 tahun itu dalam perpindahan yang mengejutkan ramai pihak.
Ronaldo tiba di Manchester pada Khamis lalu selepas Portugal membenarkan dia untuk tidak menyertai tugas antarabangsa kerana penggantungannya untuk aksi kelayakan Piala Dunia menentang Azerbaijan.
Pemenang lima kali Ballon d'Or di sambut meriah di lapangan terbang Manchester untuk bekas rakan pasukan Darren Fletcher yang kini menjawat tugas sebagai pengarah teknikal Red Devils.
Wenger menyaksikan perkembangan Ronaldo di Old Trafford selepas kapten Portugal itu berhijrah dari Sporting CP pada 2003.
Bekas pengurus legenda Arsenal menegaskan bahawa bos United Ole Gunnar Solskjaer kini berdepan "cabaran besar" untuk mencari keseimbangan dalam pasukannya.
"Ini adalah kisah cinta yang ingin anda lihat," kata Wenger.
"(Dia kembali semula) untuk lebih dari sekadar alasan sukan, ia juga emosional. Saya rasa keputusan itu tidak 100 peratus rasional.
"Mencari keseimbangan dalam pasukan itu satu cabaran besar. Tapi pemain dengan pengalaman yang luas masih mampu untuk menjaring banyak gol."
Wenger yang meletak jawatan sebagai pengurus Arsenal pada 2018, bersaing dengan dengan bekas pengendali United Sir Alex Ferguson pada ketika itu. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
WENGER mendakwa pembelian Ronaldo satu keputusan emosional. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|