View: 868|Reply: 1
|
Perak FC mohon maaf kerana turun pangkat
[Copy link]
|
|
Ipoh: Perak FC memohon maaf kepada penyokong dan peminat selepas gagal mempertahankan rekod untuk terus bertahan dalam Liga Super bagi musim depan susulan kekalahan 1-2 terhadap Melaka United FC, Jumaat lalu.
Permohonan maaf itu dibuat ketika penyokong dan peminat kelab bola sepak itu kecewa kerana tahun 2021 sepatutnya diraikan sempena ulang tahun ke-100 penubuhan pasukan bola sepak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Perak FA.
Kekalahan terhadap pasukan Melaka United dalam perlawanan minggu ke-21, Jumaat lalu mengesahkan turunnya pangkat pasukan The Bos Gaurus buat kali pertama ke divisyen kedua liga bola sepak Malaysia iaitu Liga Perdana dalam sejarah penubuhan pasukan itu.
Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh, berkata pihaknya sudah melakukan sebaik mungkin bagi mempertahankan rekod sebagai satu-satunya pasukan yang tidak pernah jatuh daripada Liga Super sejak diperkenalkan pada tahun 2004.
"Bagaimanapun, saya akui di sebalik usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan dalam masa yang begitu singkat, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki.
"Peristiwa yang terpahat dalam sejarah Perak FC ini membawa 1,001 makna kepada pasukan, paling mustahak ia merupakan satu pengajaran paling bermakna untuk kita bangkit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut, proses untuk kebangkitan pasukan itu bermula dengan meletakkan sasaran sebagai juara Liga Perdana bagi musim depan bagi membolehkan ia kembali layak bersaing dalam Liga Super musim seterusnya.
Azman berkata, proses penswastaan sepenuhnya juga akan dilakukan kelab bola sepak itu dengan membentangkan hala tuju pasukan secara terperinci untuk jangka masa pendek serta panjang, dalam masa terdekat.
"Ayuh kita sama-sama bangkit dengan lebih bergaya kerana ini bukan pengakhiran untuk Perak FC sebaliknya ini adalah permulaan untuk sesuatu yang lebih hebat," katanya.
Perak FC mempamerkan prestasi terburuk musim ini apabila berada di tempat kedua tercorot Liga Super sekali gus mengesahkan tempat ke Liga Perdana musim depan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Perak FC bergambar sebelum aksi berdepan Melaka United. FOTO Ihsan Perak FC |
|
|
|
|
|
|
| |
|