CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 934|Reply: 1

Alexander-Arnold mahu bukti kemampuan bersama England

[Copy link]
Post time 6-9-2021 01:00 AM | Show all posts |Read mode
London: Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold mengakui aksinya bersama skuad kebangsaan England belum mencapai tahap memuaskan namun berhasrat mengubahnya.

Pertahanan kanan, yang berusia 23 tahun bulan depan, memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana tetapi hanya beraksi 13 kali buat negaranya dan berjaya tampil empat perlawanan sepenuh masa sejak penampilan pertama pada Jun 2018.

Dia berdepan saingan di posisinya dengan Kyle Walker, Kieran Trippier dan Reece James sekalipun begitu tiada alasan buat Alexander-Arnold, yang disisihkan Gareth Southgate pada Mac, memenangi semula posisinya untuk Euro 2020 tetapi kecederaan dalam perlawanan pemanas badan sebelum kejohanan menyebabkan dia dikecualikan.

"Untuk berlaku adil, sejak saya menyertai pasukan, saya tidak berpeluang mempamerkan aksi terbaik, saya tidak dapat menunjukkan kemampuan seperti di kelab," katanya dipetik daripada beberapa akhbar.

"Saya berharap aksi yang lebih lagi daripada diri saya apabila bermain untuk England. Itu adalah apa yang saya cuba lakukan sepanjang minggu depan apabila saya diberi peluang untuk beraksi.

"Saya mempunyai detik permainan yang baik beberapa tahun lalu di Liga Negara dalam play off tempat ketiga berdepan Switzerland (pada 2019).

"Saya fikir saya beraksi dengan baik ketika itu tetapi tidak dapat mengekalkan prestasi berkenaan selepas itu." - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2021 01:03 AM | Show all posts

Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold (kiri) beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.077809 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list