View: 1068|Reply: 1
|
Jangan banding saya dengan Ronaldo - Lukaku
[Copy link]
|
|
LONDON: Romelu Lukaku berkata membandingkannya dengan legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo adalah kerja sia-sia.
Penyerang Chelsea itu melabelkan bintang Portugal berusia 36 tahun itu sebagai salah seorang daripada tiga pemain terbaik dalam sejarah apabila dia memecah rekod jaringan antarabangsa pemain lelaki.
Ronaldo meledak 111 gol untuk Portugal selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Ireland dalam aksi kelayakan Piala Dunia untuk memintas rekod 109 gol legenda Iran, Ali Daei.
Lukaku pula baru menjaringkan gol ke-65 dan 66 untuk Belgium ketika menewaskan Estonia 5-2 Khamis lalu.
Pemain 28 tahun itu menggesa peminat untuk tidak membandingkannya dengan pemenang lima kali Ballon d'Or itu selepas pemerhati berkata dia berpeluang memintas rekod Ronaldo.
"Jangan sesekali membandingkan saya dengan Cristiano Ronaldo, jangan sesekali.
"Saya tidak akan menyatakan kedudukan sebenarnya tetapi dia dalam ranking tiga teratas.
"Apa yang dia capai hari ini untuk pemain generasi saya adalah sesuatu yang luar biasa," kata Lukaku ketika sidang media menjelang perlawanan menentang Republik Czech yang akan memberikannya kap ke-100.
Lukaku dan Ronaldo kembali ke Liga Perdana Inggeris musim ini dari Serie A. - AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
Romelu Lukaku (kiri) dan Cristiano Ronaldo kembali ke Liga Perdana Inggeris dari Serie A musim ini. - Foto AGENSI |
|
|
|
|
|
|
| |
|