View: 986|Reply: 2
|
'Match Official' harus bertanggungjawab
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendakwa pasukannya tidak wajar didenda oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ketika pihaknya jelas tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika aksi menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) pada 27 Ogos lalu.
Katanya, pelbagai pihak cuba mengaitkan skuad The Red Warriors (TRW) sengaja melanggar peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) selepas didakwa melakukan empat kali pertukaran dalam satu perlawanan.
Berdasarkan peraturan terbaharu Fifa, setiap pasukan boleh membuat lima pertukaran pemain namun ia hanya dibenarkan sebanyak tiga kali dalam satu perlawanan.
Menurut Norizam, pegawai perlawanan yang juga pengadil keempat harus bertanggungjawab selepas membenarkan pertukaran dilakukan sebanyak empat kali.
"Masa perlawanan menentang NS (Negeri Sembilan) hari itu, terang-terang pegawai TRW Kelantan FC bertanya dan isi borang dahulu kepada 'Match Official' boleh ke tak masuk lagi pemain kelima. Dia kata boleh?.
"So, yang bersalah adalah 100% pegawai yang bertugas. Pegawai yang luluskan dari MFL!
"Bukanlah denda dan amaran keras pada kelab dan yang dah terang-terang tanya dahulu sebelum masuk padang," katanya di Facebook hari ini.
Pada perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu, NSFC tewas 2-1 kepada Kelantan dan difahamkan pengurusan skuad Hobin Jang Hobin akan mengemukakan rayuan kepada MFL untuk mengkaji kemenangan TRW itu.
Ini kerana, menurut kod disiplin Fifa, pasukan yang menurunkan pemain yang tidak layak boleh dibatalkan dan kemenangan percuma 3-0 boleh diberikan.
Difahamkan MFL juga sudah mengenakan denda sebanyak RM30,000 terhadap Kelantan ekoran kesalahan itu dan tindakan akan diambil kepada pegawai bertugas pada perlawanan terbabit. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/nori_1630935565.jpg)
Komen pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman di laman Facebook. |
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan peraturan terbaharu Fifa, setiap pasukan boleh membuat lima pertukaran pemain namun ia hanya dibenarkan sebanyak tiga kali dalam satu perlawanan.
ayat ni mcmana ye...dalam satu perlawanan ke dalam separuh masa?
maksudnya dalam separuh masa hanya 3 kali pertukaran maksima tetapi boleh buat 5 pertukaran utk perlawanan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|