CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 7

[Kedah] Polis tahan 2 lelaki bergaduh di PPV

[Copy link]
Post time 8-9-2021 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Polis tahan 2 lelaki bergaduh di PPV[size=0.8][size=0.9]Safuri Kamarudin
[email protected]


RAKAMAN video tular mengenai pergaduhan di PPV di UniSHAMS. FOTO Ihsan Pembaca




Baling: Polis menahan dua lelaki terbabit dalam pergaduhan dan ugutan jenayah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, dalam kejadian pada 11.45 pagi itu, seorang lelaki dipercayai mabuk dan membuat kacau dengan memandu kereta secara melulu serta membuat aksi 'drift' di kawasan letak kereta di PPV berkenaan.

Beliau berkata, suspek kemudian turut mengganggu dan membahayakan orang ramai yang menunggu untuk menerima vaksin.

"Tindakan itu menyebabkan berlakunya pergelutan antara dua suspek dan orang awam yang hadir untuk menerima suntikan vaksin.

"Seorang daripada suspek turut bertindak mengeluarkan kayu golf dan membuat ugutan jenayah terhadap seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Kamarulzaman berkata, bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menangkap seorang remaja berusia 19 tahun di tempat letak kereta di PPV berkenaan pada 12.30 tengah hari.

"Selepas soal siasat ke atas suspek dibuat, polis turut menjumpai dan merampas batang besi pemukul golf pada 2.30 petang.

"Polis kemudian menahan seorang lagi suspek berusia 27 tahun di sebuah rumah di Ladang Kupang bagi membantu siasatan," katanya.

Kamarulzaman berkata, selain itu polis turut merampas kereta Proton Saga dipercayai dipandu suspek dalam kejadian berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Merbahaya 1958.

"Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek pagi esok," katanya.





Disiarkan pada: September 7, 2021 @ 11:26pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2021 11:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama sangat berjemur bawah matahari, kan dah hitam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 11:30 AM | Show all posts
takde rela ke jagaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 12:15 PM | Show all posts
harap abam pulis hempuk je antagonis bbuat drift tu cukop2 dlm lokap.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bergelut tarik sana sini jadi kluster kayu golf pulak, dey chaaaa…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang2 la kubur depa dok dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
lohhh ko dah kenapaaaaaa mabok2 gitu tengahari buta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.063678 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list