CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1042|Reply: 0

[Kedah] KPDNHEP Kedah periksa harga kit ujian kendiri Covid-19 di 180 farmasi

[Copy link]
Post time 8-9-2021 03:31 PM | Show all posts |Read mode
KPDNHEP Kedah periksa harga kit ujian kendiri Covid-19 di 180 farmasi[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
[email protected]


RAE Morn Verak (tengah)melakukan pemeriksaan dan pemantauan harga maksimum kit ujian pantas antigen Covid-19. FOTO Luqman Hakim Zubir



Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah memberi tempoh seminggu kepada peniaga dan pengusaha farmasi di negeri ini untuk melakukan penyelarasan harga maksimum terhadap kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (ujian kendiri).

Pengarahnya, Rae Morn Verak berkata, sekiranya masih ada yang menjual harga tidak mengikut harga runcit RM19.90 atau harga boring RM16 yang ditetapkan, tindakan akan diambil.

Beliau berkata, penguatkuasaan harga maksimum itu dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 (Penentuan Harga Maksimum) (No 7) 2021 yang dikuatkuasakan sejak 5 September lalu.

"Setakat ini, kami sudah melakukan pemeriksaan di 180 farmasi di seluruh negeri ini.

"Pengeluaran notis dibuat di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 kepada pengilang dan pengimport untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan harga jualan produk, kos yang terbabit dalam pengeluaran dan pengimportan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan harga kit ujian kendiri Covid-19 di dua farmasi di Simpang Kuala di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah Mohd Shahran Mohd Arshad.

Rae Morn berkata, setakat ini hanya satu farmasi di Alor Setar yang didapati menjual kit itu pada harga RM39.90 pada pemeriksaan semalam dan mereka memberi alasan ia adalah stok lama.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sudah mengeluarkan amaran supaya pengurusan farmasi itu melakukan penyelarasan semula harga dalam tempoh seminggu mengikut harga kawalan.

"Sekiranya masih ada yang menjual kit ini melebihi harga maksimum ditetapkan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Sabit kesalahan boleh dikenakan penalti RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun RM50,000, syarikat pula boleh didenda RM500,000 atau dikompaun RM250,000," katanya.

Rae Morn berkata, ada farmasi mengakui menjual 150 kit ujian kendiri dalam sehari.

"Ia bukan saja dijual kepada individu malah untuk syarikat, ia bagi membolehkan individu berkaitan melakukan ujian kendiri di rumah," katanya.





Disiarkan pada: September 8, 2021 @ 2:28pm







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056982 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list