CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2255|Reply: 9

[SEJARAH] Edisi tambah tacang: Kenali Sejarawan Malaysia (6) - exposed

[Copy link]
Post time 9-9-2021 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Tinot7 at 12-9-2021 12:09 AM

Kuiz ditutup. Tiada tacang akan diberikan selepas ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lilac85 at 9-9-2021 04:18 PM

Allahyarham Dr. Shaharom Husain. Tokoh budaya, sejarah dan sastera.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 04:20 PM | Show all posts
Shaharom Husain adalah seorang Tokoh Guru, sejarahwan dan budayawan dan giat sebagai seorang penulis khususnya dalam genre drama teater Malaysia yang giat menulis sekitar tahun 1940-an sehingga 1950-an. Beliau dilahirkan pada 4 November 1919 di Kampung Peserai Batu Pahat, Johor dan telah meninggal dunia dirumah anaknya di Gombak, Selangor pada 14 Oktober 2008 pada umur 88 tahun.

Antara nama pena yang pernah digunakan oleh beliau ialah "Dharmaya", "Mashhor Malaya", dan "Shabi". Beliau telah menulis semula buku Tawarikh Johor (1950) dan menghasilkan buku Sejarah Johor dan Kaitannya Dengan Negeri-negeri Lain (1995). Allahyarham Dr Shaharom Husain pernah mendapat anugerah Tokoh Guru Johor, Tokoh Guru Kebangsaan, Anugerah Budayawan Johor, Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan (UKM) dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan (UPSI).
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 04:23 PM | Show all posts


Allahyarham Cikgu Shaharom Hussain

( Alumni SITC : 1938 - 1941 seterusnya menjadi

guru di SITC pada tahun 1946 hingga 1951 )



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr. Shaharom Husain
Shaharom Husain adalah seorang Tokoh Guru, sejarahwan dan budayawan dan giat sebagai seorang penulis khususnya dalam genre drama teater Malaysia yang giat menulis sekitar tahun 1940-an sehingga 1950-an. Beliau dilahirkan pada 4 November 1919 di Kampung Peserai Batu Pahat, Johor dan telah meninggal dunia dirumah anaknya di Gombak, Selangor pada 14 Oktober 2008 pada umur 88 tahun.

Antara nama pena yang pernah digunakan oleh beliau ialah "Dharmaya", "Mashhor Malaya", dan "Shabi". Beliau telah menulis semula buku Tawarikh Johor (1950) dan menghasilkan buku Sejarah Johor dan Kaitannya Dengan Negeri-negeri Lain (1995). Allahyarham Dr Shaharom Husain pernah mendapat anugerah Tokoh Guru Johor, Tokoh Guru Kebangsaan, Anugerah Budayawan Johor, Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan (UKM) dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan (UPSI).

Antara hasil-hasil penulisan Shahrom Husain adalah seperti berikut:
Novel
Hantu Laut
Korban Sungai Muar atau Lelehan Darah di Pantai Bentan (1948)
Tun Fatimah (1948)
Jiwa Melarat
Seri Nara
Keris Laksamana Bentan
Lembing Awang Pulang Ke Dayang (1957)
Bermandi Darah Di Sungai Johor atau Riwayat Hidup Hang Nadim Hulubalang Melayu (1949)

Drama
'Lawyer Dahlan'
'Tun Seri Lanang'
'Tongkak Kerajaan Johor'
'Si Bongkok Tanjung Puteri'
'Di Atas Pentas'
Biografi/Autobiografi        Sunting
Biografi Perjuangan Politik Dato Onn Jaafar (1985)
Memoir Shahrom Husain

Kajian
Antara Pengarang-pengarang Melayu dan Karyanya
Kajian Novel Hantu Laut

Umum
Melihat Australia 1
Tawarikh Johor
Kesan sejarah Tanah Ayer
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
SHAHAROM HUSAIN

Sumbangan dalam penulisan

1.Novel sejarah

Shaharom telah menghasilkan lebih daripada 10 buah novel sejarah dan lima buah buku sejarah. Menurut Shaharom, tujuannya menghasilkan karya berbentuk sejarah adalah untuk menarik minat orang ramai menggemari dan mengasihi sejarah tanah air serta memaparkan kegemilangan kerajaan Melayu masa lampau (Azman Hassan, 1983)

     Novel-novel sejarah Shaharom Husain dapat dibuat penggolongan dari segi temanya. Penggolongan ini adalah seperti perjuangan menentang Portugis, kepentingan diri sendiri dan ketidaksamaan sosial. Antara novel sejarah yang dihasilkan ialah Tun Fatimah, Keris Laksamana Bentan dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.

            Tun Fatimah ialah roman sejarah yang memaparkan ketokohan Tun Fatimah sebagai seorang srikandi Melayu yang cuba memperjuangkan tanah airnya daripada cengkaman Portugis. Bagi memperkukuhkan keperwiraan Tun Fatimah, dia menyamar sebagai lelaki muda semasa berjuang menentang tali barut Portugis tanpa disedari oleh Sultan Mahmud dan anakandanya, Sultan Ahmad. Cerita Tun Fatimah diambil daripada peristiwa kezaliman Sultan Mahmud yang telah membawa kepada perpecahan masyarakat Melayu dan pencerobohan Portugis ke atas Melaka. Satu lagi peristiwa yang menonjolkan keperwiraan Tun Fatimah yang dapat melawan Lopez de Squera dan angkatannya yang cuba hendak menculiknya.

          Novel sejarah Keris Laksamana Bentan mengisahkan zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah di Johor Lama. Baginda mempunyai seorang laksamana yang handal bergelar Laksamana Bentan yang ditugaskan ke Riau dan Jambi untuk menentang musuh. Sepeninggalannya Sultan telah membunuh isterinya yang sedang sarat mengandung kerana mengidam makan nangka kepunyaan raja. Setelah mengetahui peristiwa tersebut, Laksamana marah lalu menderhaka dan membunuh Sultan. Di sini jelas menunjukkan bahawa Sultan mementingkan darjatnya tidak mahu makan sisa lebihan orang bawahan.

          Lembing Awang Pulang ke Dayang pula memaparkan ketidaksamaan sosial dalam masyarakat Melayu lama di Johor. Ketidaksamaan masyarakat sudah lama wujud dalam masyarakat Melayu. Lembing Awang Pulang ke Dayang mengemukakan persoalan adat yang ketat dalam masyarakat Melayu di Johor yang rata-rata berketurunan Bugis. Latar novel ini di Padang dengan seorang gadis manis yang mendapat julukan “Bunga Cempaka Seri Padang” yang bernama Dayang. Awang menaruh hati terhadap Dayang dan dia disuruh oleh sahabatnya untuk melamar Dayang. Pada mulanya agak sukar kerana perbezaan darjat tetapi akhirmya berjaya. Dalam novel ini, pengarang menekankan soal darjat.

         Shaharom mempersembahkan novel sejarahnya kepada beberapa tahap. Tahap permulaan menceritakan tentang situasi kejadian yang berlaku seperti dalam novel Lembing Awang Pulang ke Dayang. Diikuti pula dengan perkembangan cerita seterusnya. Di sini ditimbulkan masalah-masalah dan keragaman konflik yang memberi kesan kepada watak-watak sejarah hingga mencapai klimaks seperti tergambar dalam novel Laksamana Bentan mahupun Tun Fatimah. Akhirnya peleraian dibuat sama ada positif atau negatif dan Shaharom nampaknya agak berjaya dalam eksperimen ini.

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa novel sejarah Shaharom memenuhi nilai estetik dan berjaya memikat hati masyarakat untuk mengenangi sejarah masa silam. Penjelasan pengarang tentang tujuan perjuangan watak-watak dalam keseluruhan novelnya adalah menepati perjuangan manusia di alam Melayu.



       2. Karya umum

Shaharom Husain merupakan seorang penulis yang seba boleh meskipun lebih terkenal sebagai tokoh dramatis dan pengarang novel sejarah, Shaharom juga aktif dalam penulisan lain seperti rencana, penulisan berbentuk kajian, buku pengembaraan dan buku sejarah. Kebanyakkan tulisan-tulisan ini telah diterbitkan dalam majalah dan akhbar dan ada sesetengahnya telah dibukukan.



       3.Penulisan Rencana

Perkembangan akhbar dan majalah pada tahun 1940-an dan 1950-an telah memberi peluang kepada Shahrom untuk menerbitkan artikel-artikelnya. Artikelnya pernah tersiar tidak kurang dalam lima belas buah akhbar dan majalah. Antara majalah yang pernah menyiarkan artikelnya ialah Lembaga Melayu, Lembaga, Warta Ahad, Warta Jenaka, Cenderamata dan sebagainya.

          Selain itu, Shaharom juga turut menulis artikel-artikel berunsur sejarah. Contohnya artikel yang tersiar dalam Merdeka yang bertajuk ‘Kawat Bantahan kepada Kerajaan British’. Melalui rencana ini Shaharom menulis tentang bantahan raja-raja Melayu terhadap Malayan Union. Begitu juga dalam artikel ‘British Desak Raja-raja Melayu Serah Kuasa’.

          Shaharom cenderung menulis tentang sejarah Tanah Melayu semasa perjuangan Dato’ Onn Jaafar. Misalnya ‘Seruan pada Orang Melayu’ yang memaparkan bagaimana Dato’ Onn menyeru orang Melayu supaya bersatu padu mempertahankan bangsa Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan yang hakiki (Shaharom Husain, 1985). Shaharom juga menulis artikel tentang perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diasaskan oleh guru-guru Sekolah Melayu Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim dengan artikelnya yang bertajuk ‘Kesatuan Melayu Muda Ditubuhkan di Seluruh Malaya’.

Kesimpulannya, kebanyakan rencana Shaharom Husain adalah bercorak sejarah dan nasionalisme. Melalui rencana-rencananya, Shaharom berjuang membangkitkan semangat nasionalisme bangsa Melayu pada tahun 1950-an (Mohd. Zin Idros, 1972:28).



       4. Buku-buku kajian kesusasteraan

Shaharom Husain telah menerbitkan buku sastera yang bertajuk Antara Pengarang Novel Melayu dan Karyanya. Dalam buku ini, Shaharom mengemukakan riwayat hidup dan karya pengarang novel dan tokoh-tokoh besar sastera Melayu kita. Dalam buku ini juga, Shaharom memberi ulasan tentang lima orang pengarang novel Melayu iaitu Ahmad Bakhtiar, Harun Aminurrashid, Ishak Hj. Muhammad, Abdullah Sidek dan Edrus.

Sebuah lagi buku bercorak kesusasteraan karangan Shaharom ialah Memahami dan Meringkas Karangan. Buku ini adalah untuk memberi latihan kepada pelajar sekolah menengah, guru pelatih dan mereka yang mencintai bahasa dan kesusasteraan ibunda supaya dapat memahami segala fikiran dan kandungan sesuatu karangan.



       5.Buku sejarah

Sebagai ahli sejarawan dan pensyarah sejarah di MPSI, Shaharom banyak membuat kajian sejarah Johor. Hasil daripada kajian itu beliau telah menerbitkan sebuah buku sejarah yang bertajuk Tawarikh Johor. Tujuan penulisan beliau ini adalah untuk diajar kepada murid dan supaya kita sama-sama memahami sedikit sebanyak sejarah negeri kita sendiri (Shaharom Husain,1980). Buku ini khas berkenaan dengan negeri Johor.

          Selain itu, terdapat beberapa buah lagi buku sejarah yang dikarang oleh Shaharom Husain seperti Kesan Sejarah Tanahair (1956), Tunggak Kerajaan Johor (1958), dan secebis sejarah Tiga Zaman Raja- Sultan Johor Moden (1966). Selain buku sejarah, beliau juga menulis buku pengembaraan. Sebagai contoh, Melihat Australia I dan II. Buku ini merupakan catatan pengalaman dan pemerhatian ketika berkunjung ke Australia untuk menyertai Jambori Pengakap selama tiga bulan.

Secara keseluruhannya, tulisan-tulisan Shaharom dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga memberi semangat perjuangan kepada bangsa Melayu. Di samping itu juga, tulisan-tulisan sejarahnya dapat membuatkan masyarakat kembali mengenang sejarah silam. Baik dalam penulisan drama atau pun novel, tumpuan utama karya Shaharom Husain adalah sejarah. Kita dapat menyimpulkan daripada karya-karyanya itu tumpuannya banyak kepada kerajaan Melaka dan Johor.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
SHAHAROM HUSAIN ( 1919-2008)

Shaharom Husain dilahirkan di Kampung Peserai, Mukim Tiga, Batu Pahat pada 11 November 1919 (Shaharom Husain, 1996: 17). Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Melayu Peserai, Batu Pahat hingga Darjah Empat, iaitu dari tahun 1928 – 1934. Kemudian menyambung pendidikan di Darjah Lima di Sekolah Melayu Bagan Tinggi (1935-36). Mulai tahun 1938, Shaharom telah diterima melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Idris, Tanjung Malim (SITC) sehingga tahun 1940.
“Saya mula memasuki Sultan Indris Training College (SITC), bukan daripada Darjah V (darjah tertinggi di sekolah Melayu Johor zaman
itu), dan bukan juga daripada guru pelatih bergaji 22.00 Ringgit
sebulan, tetapi daripada guru bakal pelatih tanpa gaji yang akan
mengajar Darjah IIB, Sekolah Melayu Laki-laki Bandar Tinggi
Batu Pahat.”
(Shaharom Husain,1996: 37)

Walaupun pada peringkat awal keinginannya memasuki SITC demi cita-cita menjadi seorang guru, namun disebabkan ejekan daripada segelintir masyarakat di sekelilingnya terhadap jawatan bakal guru pelatih tanpa gaji telah melemahkan semangat Shaharom untuk meneruskan perjuangan di maktab tersebut. Tetapi tekanan daripada datuknya telah memaksa Shaharom memasuki SITC, namun dengan cita-cita dan semangat untuk menjadi pengarang atau wartawan.
“Saya belajar kuat. Menduduki beberapa kali peperiksaan dan
akhirnya berjaya ke Sultan Idris Training College, Tanjung
Malim. Bukan kerana boleh pakai tali leher dan topi dan tidak
juga kerana beristeri cantik, tetapi sebenarnya, kerana minat dan
cenderung dalam karang-mengarang.”

(Shaharom Husain,1996: 40)

Di zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura, Shaharom mengambil kesempatan belajar bahasa Jepun di Sekolah Perempuan Kampung Gelam dan juga Sekolah Kokugo Gakko, Victoria Street selama kira-kira 3 bulan. Seterusnya Shaharom memohon untuk menjadi guru bahasa Jepun dan berjaya. Beliau ditugaskan mengajar bahasa Jepun kepada pegawai, kakitangan dan anak-anak mereka yang bekerja di Jabatan Kolam Air Gunung Pulai dan Batu 22, Ulu Choh, Pontian Johor, di samping menjadi juru bahasa Jepun kepada pegawai dan askar Jepun (Shaharom Husain, 1996:222). Akhirnya, Shaharom diterima pula memasuki Maktab Perguruan Singapura yang dikendalikan oleh Jepun.
Selepas merdeka, Shahrom meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bharu pada tahun 1958. Dalam masa yang sama, Shaharom mengikuti kursus bahasa Inggeris secara pos di sebuah institute di Australia dan berhasil mendapatkan Diploma of Associateship B.R Institute of Career pada tahun 1962 ( Ahmad Kamal Abdullah (peny.), 1993:191). Pada tahun 1969, Shaharom mengikuti kursus pra-universiti secara bertulis dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia di Universitas Nasional Indonesia dan berjaya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1972.
Menyoroti kerjaya Shaharom Husain, beliau telah mula melibatkan diri dalam bidang penulisan sejak dari tahun 1934. Bidang penulisannya meliputi novel, cerpen dan lenih menonjol dalam penghasilan drama terutama drama sejarah. Shaharom juga merupakan seorang guru. Mengajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) dari tahun 1946-51 dan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim dari tahun 1952 - 1974. Mulai Februari 1983 hingga Februari 1985 Shaharom dilantik menjadi karyawan tamu di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shaharom Husain kembali ke rahmatullah pada 2 Oktober 2008 (2 Syawal 1429H) dalam usia 88 tahun. Beliau pergi dengan meninggalkan sejumlah besar karya-karya sastera bercorak sejarah dan buku sejarah yang tidak ternilai untuk warisan kebudayaan dan kesusasteraan bangsa Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa kepada Dr Hatta Shaharom, seorang pakar psikiatri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama Allahyarham juga terpahat di dalam Dictionary of International Biography 1968 dan juga merupakan salah-seorang daripada 2000 nama yang terkumpul di dalam buku The Two Thousand Men of Achievement yang diterbitkan di England pada tahun 1969. Ia memuatkan biodata lengkap Allahyarham sehingga tahun 1969.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Shaharom Husain (4 November 1919 – 2 October 2008) was a Malaysian historian. Husain, a PhD, had published a number of books on the history of Johor.[1] He had won a number of awards for cultural development, including the Tokoh Guru (exemplary teacher) at the Johor.[1] Additionally, Husain authored several literary works, including a theatre play, a memoir, poems, novels and short stories.[1]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.679715 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list