CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1524|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pasar Awam, Kompleks Makanan Farlim diarah tutup

[Copy link]
Post time 9-9-2021 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Pasar Awam, Kompleks Makanan Farlim diarah tutup[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 9, 2021 @ 2:06pm[email protected]


Pasar Awam Farlim dan Komplek Makanan Farlim di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam diarahkan tutup serta-merta selepas 18 kes positif COVID -19 dikesan di kawasan itu. - Foto NSTP/Mikail Ong




GEORGETOWN: Pasar Awam dan Kompleks Makanan Farlim, Bandar Baru Air Itam, di sini, ditutup serta-merta, berikutan terdapat 18 kes positif COVID-19 dikesan membabitkan peniaga dan pembantu gerai.

Penutupan itu berkuatkuasa pada jam 11.30 pagi hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), berkata perintah penutupan dikeluarkan Kementerian Kesihatan mengikut Sub-Seksyen 18 (1) (f) Akta Tindakan dan Kawalan Pencegahan Penyakit 1988.

Katanya, penutupan pasar awam dan kompleks makanan itu membolehkan kerja sanitasi dan disinfeksi dijalankan sebagai langkah mengekang penularan wabak.

"Penutupan membabitkan sebanyak 159 gerai dalam pasar awam dan 22 gerai lagi dalam kompleks makanan.

"Pengunjung dan orang ramai yang berurusan di situ diminta mengambil perhatian terhadap penutupan premis terbabit," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, MBPP bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) juga akan menjalankan penilaian COVID-19 terhadap pasar berkenaan.

Orang ramai dinasihati supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak jangkitan.

"MBPP juga menasihati persatuan di semua pasar dan kompleks makanan supaya memastikan kawalan pengunjung dilaksana dengan baik pada setiap masa.

"Individu berstatus risiko tinggi dalam aplikasi MySejahtera, dilarang masuk ke dalam premis pasar awam atau kompleks makanan," katanya lagi.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2021 07:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.179633 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list