CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5210|Reply: 3

[Cadangan] Isu-isu Pekerjaan di Musim Covid-19

[Copy link]
Post time 9-9-2021 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 9-9-2021 11:30 PM

Sedikit Panduan Sekiranya Anda dibuang Kerja di Musim PANDEMIK Covid-19.

Kalau Dibuang Kerja, Ini 10 Langkah Yang Patut Anda Lakukan selepas menerima notis dibuang kerja.

Anda ada 60 hari sahaja untuk buat laporan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia jika anda dibuang kerja.

Ramai yang tidak tahu.

Habis masa 60 hari, tamat sudah peluang untuk kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Terkubur peluang untuk dapat pampasan 24 bulan gaji terakhir. Selamat duit syarikat.

Kalau anda adalah syarikat dan nak buat ‘Voluntary Separation Scheme’ (VSS)/ ‘Mutual Separation Scheme’ (MSS), jangan terus bagi pampasan. Bagi sedikit dahulu. Selepas 60 hari barulah serahkan duit pampasan.

Berikut adalah panduan selanjutnya yang anda perlu lakukan jika dibuang kerja.

Jangan stres, bertindaklah dengan bijak.

Panduan 101 Jika Anda Dibuang Kerja
1. Bertenang
Itu bukan pengakhiran kepada hidup anda.

2. Lihat tarikh berkuatkuasa surat penamatan kerja
Adakah ditamatkan 24 jam atau ada dengan notis selama sebulan?

3. Buat laporan
Jika ditamatkan 24 jam pada keesokan hari boleh buat laporan pembuangan kerja di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).

Jika ditamatkan dengan notis selama sebulan maka perlu kerja dahulu selama sebulan. Habis tempoh sebulan baru buat laporan di JPP.

4. Maklumkan anda ingin kembali bekerja.
Semasa buat laporan di JPP bawa bersama surat penamatan kerja kerana pihak JPP akan memeriksa sama ada laporan di buat dalam tempoh 60 hari atau tidak? Semasa di JPP maklumkan bahawa anda ingin kembali bekerja dengan pihak syarikat. Jangan terus cakap anda ingin dapatkan pampasan. Pihak JPP tidak akan melayan laporan anda.

5. Mesyuarat runding damai diaturkan.
Pihak JPP selanjutnya akan aturkan satu mesyuarat runding damai dengan bekas majikan anda.

6. Capai persetujuan
Semasa meyuarat runding damai bekas majikan akan memaklumkan sama ada mereka bersetuju untuk ambil anda bekerja semula atau tidak. Jika tidak bersetuju selanjutnya mereka akan maklumkan sama ada bersetuju untuk membayar wang penyelesaian kepada anda.

7. Jika tiada persetujuan?
Jika semasa mesyuarat runding damai tidak dapat capai persetujuan. Pihak JPP akan hantar laporan anda kepada Menteri Sumber Manusia.

8. Dipertimbangkan untuk menjadi kes mahkamah.


Menteri Sumber Manusia akan menilai laporan anda dan menimbangkan sama ada untuk merujuk kes pembuangan kerja anda ke Mahkamah Perusahaan.


9. Pembuktian
Jika kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan majikan perlu buktikan mempunyai sebab yang munasabah untuk menamatkan perkhidmatan anda.


10. Terima pampasan.


Jika syarikat gagal untuk buktikan ada sebab yang munasabah untuk menamatkan perkhidmatan anda maka Mahkamah Perusahaan akan mengarahkan pihak Syarikat untuk membayar 24 bulan gaji ke belakang ditambah dengan jumlah 1 bulan bagi 1 tahun perkhidmatan (contohnya kalau sudah kerja 20 tahun bersamaan dengan 20 bulan). Jumlah yang perlu dibayar akan jadi 44 bulan.


Ketahui Hak Anda
Sebagai pekerja atau majikan, tentu anda mempunyai alasan masing-masing dalam hal ini.

Jadi, selesaikanlah hal ini dengan bijak tanpa merugikan mana-mana pihak. Bertindaklah segera supaya kes anda dapat dibicarakan selayaknya.


*Sumber asal oleh Sazuan Sazali


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2021 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian Sumber Manusia terima 5,003 aduan pelbagai isu buruh

KAKITANGAN penguatkuasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sewaktu operasi pematuhan SOP operasi kilang di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI

Oleh NORHAYATI YAHAYA
8 Julai 2021, 6:51 pm

KLANG: Kementerian Sumber Manusia menerima sebanyak 5,003 aduan berkaitan pelbagai isu perburuhan menerusi aplikasi Working For Workers (WFW) sejak ia dilancarkan Mei sehingga 6 Julai kelmarin.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata, pihaknya menerima 2,154 kes melibatkan majikan tidak membenarkan bekerja dari rumah (BDR) ketika pandemik Covid-19 diikuti gaji yang tidak dibayar atau pembayaran gaji lewat (1,180 kes).

Menurut beliau, terdapat 388 kes pula melibatkan aduan potongan upah tidak mengikut undang-undang manakala aduan lain-lain ialah dibuang tanpa notis (312), tiada bayaran lebih masa dan faedah pemberhentian (306), majikan tidak mematuhi upah minimum (130), tiada kontrak pekerjaan (96) dan tiada cuti tahunan (86).

“Disebabkan ini, kami berbincang dengan majikan supaya ada tolak ansur ketika kita menghadapi Covid-19. Kita terpaksa hadapi, satu dunia memang terkesan dengan keadaan ini.

“Ini yang kita perlukan pertimbangan daripada pengurusan tertinggi setiap syarikat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sehubungan itu, kementerian menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melakukan pemeriksaan terhadap 20,674 majikan yang melibatkan 112,840 penginapan di seluruh negara.

Awang menambah, sehingga 6 Julai lalu, sebanyak 793 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446) yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 kes sudah didakwa membabitkan jumlah denda sebanyak RM431,000 manakala 348 kes lagi dikenakan kompaun berjumlah RM4.5 juta.

“Kesalahan paling banyak ialah majikan tidak menyediakan kemudahan asas kepada pekerja. Mereka ini walaupun pekerja asing, mereka tetap manusia yang perlu kita jaga. Kucing pun kita beri tempat tinggal yang elok.

“Kita akan mencadangkan agar majikan menyediakan penginapan berpusat, kalau jadi apa-apa, senang untuk kawalan dan tindakan,” ujarnya.

Bagi penguatkuasaan Akta 342 yang memberikan JTK bersama JKKP kuasa untuk mengkompaun kesalahan di bawah garis panduan Pematuhan Terhadap SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Awang menambah, sebanyak 364 kompaun berjumlah RM3.29 juta dikeluarkan.

“Berdasarkan 2,982 tempat pekerjaan yang diperiksa, sebanyak 364 kompaun telah dikeluarkan berjumlah RM3.29 juta dan ia melibatkan beberapa sektor iaitu perkhidmatan, pembuatan, pembinaan dan pertanian juga lain-lain,” katanya.

Terdahulu beliau mengetuai Operasi Pematuhan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang yang menghasilkan produk pembungkusan plastik yang turut disertai agensi lain termasuk polis, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Mengenai operasi hari ini, Awang memberitahu, sebanyak sembilan kompaun berjumlah RM105,000 dikeluarkan terhadap kilang yang beroperasi dengan kapasiti tenaga pekerja seramai 158 orang terdiri daripada 123 warga asing dan 35 rakyat tempatan

Justeru, kilang terbabit didapati melakukan beberapa kesalahan yang melibatkan Akta 446, Akta 342 dan juga Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514).

Menurut beliau, lapan kompaun berjumlah RM80,000 dikeluarkan bagi kesalahan majikan gagal menyediakan peralatan menyukat suhu dan tiada kemudahan Kod QR MySejahtera untuk diimbas manakala satu kompaun bernilai RM25,000 dikeluarkan KKM atas kesalahan tiada penjarakan fizikal di tempat pekerjaan dan juga penginapan pekerja.

Ujarnya, pihak JTK Selangor membuka empat kertas siasatan terhadap syarikat ini di bawah kesalahan Seksyen 24D Akta 446 iaitu tiada perakuan penginapan manakala di bawah bidang kuasa JKKP, dua notis dan satu surat arahan dikeluarkan melibatkan kesalahan di bawah Akta 514.

“Kita meminta meminta kerjasama semua pihak khususnya para pemain industri dan juga komuniti industri agar terus memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan usaha mengekang dan memutuskan penularan pandemik Covid-19 demi kepentingan dan kesihatan kita bersama,” ujarnya. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts

Pekerja dibuang, bakal hilang pekerjaan boleh dapat elaun 6 bulan, kata menteri

Bayaran elaun akan dibuat antara 80% hingga 30% daripada gaji akhir, di bawah had gaji RM4,000 sebulan.

Fazreen Kamal
Nov 24, 2020 12:23 PM

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedia membantu mereka yang dibuang kerja serta-merta dan berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Masalah pembuangan pekerja oleh pihak majikan atau syarikat merupakan fenomena global dan Malaysia tidak terkecuali menerima tempias dan kesannya akibat penularan pendemik Covid-19, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Katanya, kementeriannya cukup memahami dan prihatin dengan permasalahan dihadapi pekerja yang diberhentikan kerja di negara kita.

Sehubungan itu, katanya kementerian menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedia membantu mereka yang dibuang kerja serta-merta dan berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk mendapatkan bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), sehingga 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman.

Bayaran elaun akan dibuat antara 80% hingga 30% daripada gaji akhir, di bawah had gaji RM4,000 sebulan.

“Sebagai contohnya, dalam isu Malindo Airways, sehingga 15 November 2020, seramai 1,086 pekerja Malindo Airways sudah pun mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan faedah SIP.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 749 penerima faedah menerima bantuan SIP berjumlah 928 ribu ringgit. Baki pemohon masih dalam proses tindakan Perkeso,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ramkarpal Singh (PH- Bukit Gelugor) yang meminta menteri sumber manusia menyatakan langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi membantu pekerja-pekerja yang secara rata-ratanya diberhentikan kerja (retrenched) seperti mana  dilaporkan secara meluas dalam media baru-baru ini.

Bayaran elaun akan dibuat antara 80% hingga 30% daripada gaji akhir, di bawah had gaji RM4,000 sebulan.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata SIP juga menyediakan bantuan lain seperti Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), Elaun Latihan, Fi Latihan dan Faedah bantuan pencarian pekerjaan.

Pada masa sama, beliau berkata pekerja yang diberhentikan kerja, mereka boleh mendaftar dengan Portal MYFutureJobs iaitu portal pekerjaan yang membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

“Dalam kes Malindo Airways, seramai 96 orang bekas pekerja berjaya ditempatkan semula dalam pekerjaan baru melalui portal ini. Proses untuk membuat pemadanan dan carian pekerjaan untuk bekas pekerja Malindo Airways sedang giat diteruskan.”

Katanya kementerian juga, melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) mempunyai pelbagai inisiatif di bawah Penjana HRDF yang dapat membantu pekerja hilang pekerjaan atau yang mungkin akan kehilangan kerja melalui PSMB melaksanakan skim Place & Train di bawah Inisiatif Penjana HRDF.

“Kementerian tidak memandang ringan berhubung aspek penempatan pelatih dalam pekerjaan yang dijanjikan. Pengesanan di peringkat awal telah turut dilakukan oleh Kementerian sejurus pelatih tersebut menamatkan latihan.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hak Pekerja: Diberhentikan Kerja Tanpa Ikut Undang-Undang? Majikan Anda Boleh Didenda RM10,000.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, Sejumlah 155,893 individu diberhentikan kerja di seluruh negara ketika pandemik C0VID-19 melanda negara sejak tahun 2020 sehingga Julai 2021.

Walaubagaimanapun sehingga kini tiada tindakan pendakwaan dibuat ke atas majikan kerana majikan yang memberhentikan pekerja mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 63, Akta Kerja 1955 (Akta 265).

"Majikan yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang yang ada atau melanggar peruntukan di bawah akta, apabila sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan,"

Antara syarat yang dikenakan termasuk mewajibkan majikan melengkap dan mengemukakan Borang Pemberhentian (PK) dalam tempoh 30 hari sebelum tindakan pemberhentian dilakukan.

Like, Follow Facebook & Instagram Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kewangan, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Astro Awani

#InfoNiagaKini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.136608 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list