View: 4867|Reply: 6
|
login WhatsApp pelbagai devices kini boleh digunakan di Malaysia
[Copy link]
|
|
Sudah beberapa lama WhatsApp bercerita tentang sokongan peranti berbilang peranti tanpa sambungan ke telefon pintar. Hari ini, pengguna WhatsApp di Malaysia boleh mencuba sendiri ciri terbaru ini. Tetapi uji atas risiko sendiri sebab ia masih dalam ujian BETA.
Fungsi baru WhatsApp Multi-Device jika diaktifkan, membolehkan pengguna menggunakan WhatsApp di peranti lain seperti komputer atau di pelayar web, tanpa perlukan sambungan internet aktif di telefon pintar utama. Bermakna, telefon mati sebab habis bateri atau di luar kawasan liputan, WhatsApp Desktop dan WhatsApp Web di komputer, masih boleh digunakan untuk berborak.
Tetapi sebelum mula menggunakannya, anda perlu tahu bahawa fungsi ini masih dalam ujian BETA dan ada beberapa masalah yang masih belum diperbaiki. Antara perkara yang tidak boleh anda lakukan jika menyertai BETA ini adalah:
- Melihat lokasi masa nyata (Live Location) pada peranti lain.
- Pin perbualan di WhatsApp Web atau WhatsApp Desktop
- Sertai, melihat, atau reset jemputan WhatsApp Group di WhatsApp Web atau Desktop. Hanya boleh di telefon sahaja.
- Berbual atau membuat panggilan kepada pengguna lain yang masih menggunakan WhatsApp versi terlalu lama, tidak boleh dibuat di peranti yang disambungkan.
- Membuat panggilan dari Portal atau WhatsApp Desktop ke peranti sambungan yang tidak menyertai BETA berbilang-peranti.
- Akaun WhatsApp lain di Portal tidak berfungsi melainkan ia turut menyertai BETA berbilang-peranti.
- Pengguna WhatsApp Business tidak boleh mengubah nama perniagaan atau label dari WhatsApp Web atau Desktop.
Jika anda sudah memahami kekurangan yang masih terdapat dalam versi BETA ini dan menerima seadanya, maka bolehlah anda menyertai. Cara-cara untuk menyertai dan mengaktifkan BETA berbilang-peranti ini adalah seperti berikut:
- Buka WhatsApp di telefon pintar dan pergi ke tiga garis di atas kanan iaitu menu, pilih Linked Devices.
- Akan keluar notis “Try new improvements’ untuk menyertai BETA berbilang-peranti. Tekan OK.
- Pilih Multi-device beta.
- Tekan butang ‘Join Beta’.
Selesai, sekarang anda boleh menghubungkan semula peranti lain atau WhatsApp Desktop dan WhatsApp Web ke akaun WhatsApp. Anda masih boleh meninggalkan BETA bila-bila masa jika merasakan tidak lagi mahu menggunakannya, dengan cara yang sama.soyacincau.com
------------------------------------------------------
bahaya ni kalau ada scandal haha
tapi,kalau bateri handphone tak ada
memang bergguna, saya pun login
whatsapp di 3 devices,2 laptop dan
smartphone untuk buat kerja
untuk layan scandal di handphone
khas la |
|
|
|
|
|
|
|
FINALLY!
Lama dah nunggu option gini
|
|
|
|
|
|
|
|
kan.yang paling nyampah, kalau smartphone kita jauh sikit
tak dapat la nak login software whatsapp di laptop hehe.
walaupun masih beta ,syukur juga ada dah fungsi ni
di Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 11-9-2021 02:53 AM
kan.yang paling nyampah, kalau smartphone kita jauh sikit
tak dapat la nak login software whatsap ...
tu lerr.
kadang fon tertinggal kat tempat keje
kang ada pape emergency
dah satu hal |
|
|
|
|
|
|
|
Whatsapp bahaya ohhh
Hahaha
Iols telegram je login 3 devices berbeza
Swbab dalam tu byk keje swkolah anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
haha whatsapp kana da auto delete chat
eh nanti anak2 akan sekolah fizikal kan.
awak dah ready ke? maksud saya dengan
wabak ni.hari ini pun dah 400 lebih dah
yang 'tak ada'
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 12-9-2021 01:47 AM
haha whatsapp kana da auto delete chat
eh nanti anak2 akan sekolah fizikal kan.
awak dah read ...
Hahaha
Khen..
Auto delete hari2.senang...
Entah uolz..
Iols tak bersedia lagi buat masa ni...
Sebab terlalu ramai kena makanya risiko tinggi
Budak2 mmg takkan jaga sop punya kat sekolah..hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|