CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1418|Reply: 2

[Sarawak] [ Edisi Padan Muka ] Lelaki yang buat laporan kena samun di tahan Polis

[Copy link]
Post time 17-9-2021 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 18-9-2021 07:33 AM
Seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuching pada isnin lalu atas kesalahan membuat laporan palsu kes samun.

DSP Lim Jaw Shyong, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan berkata, pada 07.09.2021 sekitar jam 9.00 malam saspek tampil ke Balai Polis untuk melaporkan dirinya telah disamun oleh dua lelaki menaiki motorsikal di tepi jalan kawasan Jalan Matang.

Semasa kejadian saspek yang sedang berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil telah didatangi oleh dua lelaki menaiki motorsikal untuk meminjam pemetik api.

Kemudian saspek telah dipukul dan diacu dengan pisau serta wang tunai berjumlah RM5,100/- telefon bimbit jenis Vivo, seutas bentuk cincin silver dan dompet miliknya yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM serta wang tunai RM248/- telah dibawa lari.

Pada awalnya kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan setelah soal siasat lanjut dijalankan oleh anggota detektif Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, akhirnya saspek mengaku kejadian yang dilaporkan adalah rekaan semata-mata.

Tambah DSP Lim, saspek berbuat sedemikian kerana wang tunai berjumlah RM5,100/- yang merupakan wang hasil jualan buah-buahan perniagaan bersama rakannya sebenarnya telah digunakan untuk mengubah suai kenderaan miliknya.

Pada 13.09.2021 saspek telah dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kuching atas kesalahan membuat laporan palsu. Kes akan dibacakan semula pada 26.10.2021.

DSP Lim Jaw Shyong, memberi nasihat kepada orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan jangan sesekali mencuba untuk membuat laporan palsu. Pihak Polis memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang bertindak sedemikian. Jika disabit dengan kesalahan ini, boleh dihukum dengan penjara sehingga tempoh 6 bulan atau denda sehingga RM2000/- atau kedua-duanya sekali.



Credit : IPD Padawan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejauh2 tupai melompat, jatuh gedebuk ke tanah jua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2021 07:35 AM | Show all posts
nak nipu Polis

akhir nya sendiri masuk dalam ...

saspek berbuat sedemikian kerana wang tunai berjumlah RM5,100/- yang merupakan wang hasil jualan buah-buahan perniagaan bersama rakannya sebenarnya telah digunakan untuk mengubah suai kenderaan miliknya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.052877 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list