|
KUCHING: Jabatan Perikanan Laut Sarawak telah melepaskan sebanyak 4,347 benih ikan siakap pada Program Pelepasan Benih Ke Perairan Umum di Sungai Santubong di sini sempena Hari Malaysia, semalam.
Pengarah Perikanan Laut Sarawak, Bohari Leng telah menyempurnakan program terbabit yang bertujuan menjamin kelestarian sumber perikanan sungai dan perikanan rekreasi agar ia dapat dinikmati generasi masa hadapan.
"Selepas program pelepasan benih, Pengarah (Bohari Len) juga telah hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan kepada peserta sangkar kluster ternakan ikan air payau di Sungai Santubong kepada 2 peserta iaitu, EE HORNG AQUACULTUR ENTERPRISE dan PS LEE ENTERPRISE," menurut laman facebook Jabatan Perikanan Laut Sarawak.
Antara bantuan diterima ialah 21 petak sangkar ternakan, sebanyak 6,300 benih ikan siakap, makanan ikan 242 beg, 42 unit pukat, genset dan rumah pekerja termasuk stor dengan jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM578,570.
Selain itu, Bohari Leng juga menyempurnakan Majlis Penyerahan Buku Lesen Sampan Khas kepada para nelayan.
tamat.
|
|