|
KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) memberi tempoh hingga 31 Disember 2021 kepada semua pemilik haiwan liar tanpa berlesen di Sarawak untuk memohon lesen memiliki haiwan itu dari pihaknya.
Ini menurut notis SFC kepada pemilik terbabit dan yang mengusahakan ladang haiwan liar disiarkan di laman Facebooknya semalam.
"Tindakan penguatkuasaan akan diambil setelah tempoh terbabit berakhir," menurut SFC dan ini berdasarkan Seksyen 37, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998.
Hukuman maksimum penjara selama lima tahun dan denda RM50,000 boleh dikenakan.
|
|