CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1547|Reply: 6

[Sarawak] Pemangsa terdampar di pantai Kuala Suai

[Copy link]
Post time 17-9-2021 09:21 PM | Show all posts |Read mode


MIRI, 17 Sept: Bangkai seekor buaya ditemui terdampar oleh orang awam di pantai Kuala Suai, Niah kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), sejurus dihubungi orang awam susulan penemuan itu, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan kami berjumpa dengan ketua kampung dan pergi bersama ke lokasi di mana bangkai itu ditemukan,” katanya.

Buaya jantan itu berukuran panjang 13 kaki dan lebar satu kaki lima inci.

Pihak SFC juga mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dari bangkai buaya itu untuk dibawa ke makmal.

Buaya tersebut dikatakan tidak mempunyai sebarang tanda kecederaan pada bangkainya.

Bangkai buaya itu dikebumikan di satu lokasi yang tidak didedahkan.

credit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2021 09:23 PM | Show all posts
Bangkai buaya yang ditemui mati di pantai Kuala Suai, Niah oleh orang awam pagi tadi.

MIRI: Seekor buaya sepanjang 13 kaki ditemui mati terdampar di pantai Kuala Suai di Niah, dekat sini hari ini.

Jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC) berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus diberitahu mengenai penemuan bangkai buaya itu oleh orang awam sekitar jam 9 pagi.

"Setibanya di Kampung Kuala Suai, pasukan kami bertemu dengan ketua kampung dan pergi bersama ke lokasi di mana bangkai itu ditemukan bagi mengesahkan, mengukur panjang, lebar dan jantinanya.

"Buaya jantan itu berukuran panjang sekitar 13 kaki dan lebar satu kaki lima inci.

"Pihak kami juga mengambil sampel DNA (asid deoksiribonukleik) dari bangkai tersebut untuk dibawa ke makmal," katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan, buaya yang dijumpai mati, tidak mempunyai tanda-tanda kecederaan pada bangkainya.

Pasukan SFC kemudiannya mengebumikan bangkai buaya tersebut di satu lokasi yang tidak didedahkan.

oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
'mati mengejut'....x terpakai kt 'menate' ni ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2021 09:47 PM | Show all posts
Skuau replied at 17-9-2021 09:40 PM
'mati mengejut'....x terpakai kt 'menate' ni ke???
tunggu laporan Klinikal esok
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalun baca berita mengenai kehadiran buaya di sungai sungai di Sarawak. Jarang dengar berita mengenai buaya di sungai di semenanjung.

Mungkin ada faktor yg menyebabkan lebih byk buaya boleh ditemui Di Sarawak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2021 09:48 PM | Show all posts
Skuau replied at 17-9-2021 09:40 PM
'mati mengejut'....x terpakai kt 'menate' ni ke???
Lupa satu lagi ...

mangsa ni masuk kategori BID ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2021 09:56 PM | Show all posts
acikbrown replied at 17-9-2021 09:48 PM
Selalun baca berita mengenai kehadiran buaya di sungai sungai di Sarawak. Jarang dengar berita menge ...
tu la ... xtau napa ...

ada 45 sungai kat Sarawak ni yang d ketahui lubuk buaya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.128672 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list