|
Antara klinik kesihatan itu adalah Klinik Kesihatan Kapit, Klinik Kesihatan Song, Klinik Kesihatan Sungai Asap dan Klinik Kesihatan Belaga.
Sehubungan itu, penduduk sekitar yang ingin membuat pemeriksaan COVID-19 atau mereka yang telah disahkan positif tetapi belum diambil atau belum dihubungi oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah boleh mengunjungi klinik yang terdekat atau menghubungi pejabat atau klinik kesihatan terdekat untuk tujuan bantuan.
Dalam pada itu, pesakit yang diarahkan untuk kuarantin kendiri di rumah pula harus mematuhi garis panduan SOP pengasingan yang telah ditetapkan dan boleh menghubungi CAC terdekat jika terdapat apa-apa yang diperlukan mahupun nasihat dari CAC.
Bagi Klinik Kesihatan Kapit, masa operasi adalah pada Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan bagi Sabtu dan Ahad, masa operasi dari jam 9 pagi hingga 3 petang.
Penduduk sekitar boleh menghubungi talian 017-8159052 atau 010-2431486.
Klinik Kesihatan Song pula beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan talian yang boleh dihubungi adalah 084-777634 atau 011-65579190.
Dalam pada itu, Klinik Kesihatan Sungai Asap juga beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan boleh dihubungi di talian 017-8524905 sekiranya memerlukan.
Manakala, Klinik Kesihatan Belaga beroperasi pada Isnin, Rabu dan Jumaat dari jam 3 petang hingga 5 petang dan boleh dihubungi di talian 086-461323 atau 086-461148.-EDISI UKAS
|
|