CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1527|Reply: 6

[Sarawak] Warga emas rugi RM48,340, ditipu 'pegawai Bank Negara'

[Copy link]
Post time 18-9-2021 02:32 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian RM48,340 akibat ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai 'Bank Negara' pada 6 September lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata mangsa,60 tahun, dari Taman Matang Jaya pada mulanya menerima mesej mengatakan kad kreditnya telah digunakan untuk pembelian dalam talian berjumlah RM2,639.10.

Menurutnya, mangsa kemudian diminta menghubungi satu nombor yang kononnya nombor milik Bank Negara dan telah dijawab oleh seseorang mendakwa dirinya pegawai bank.

"Pegawai bank tersebut kemudian memberitahu kad kredit tersebut telah didaftarkan di Mid Valley, Kuala Lumpur dan dia kemudian meminta semua butiran bank, kad kredit dan kad debit milik mangsa.

"Mangsa hanya menurut sahaja arahan kerana percaya kata-kata pegawai bank tersebut bahawa akaun banknya akan dibekukan sementara agar tidak ditipu pihak lain," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, suspek kemudian turut meminta maklumat berkenaan akaun bank dalam talian milik mangsa termasuk Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang diterimanya.
"Setelah memberikan semua butiran tersebut, mangsa telah menerima mesej notifikasi menyatakan terdapat transaksi pindahan wang dari akaun mangsa.

"Anggaran kerugian yang dialami oleh mangsa adalah sebanyak RM48,340," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan.

"Jika dituduh dan didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, sebat dan boleh juga dikenakan denda," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sindiket penipuan ini boleh salurkan melalui WhatsApp atau SMS kE talian 013-211 1222 atau layari portal rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di alamat ccid.rmp.gov.my.

utusanborneo.com.my/2021/09/18

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 03:24 PM | Show all posts
Lelaki rugi RM48,340, ditipu pegawai Bank Negara
By Lorenzo Isaac Ak Anthony
Breaking News, Crime, Sarawak
September 18, 2021 Leave a comment


KUCHING, Sept 18 : Siku lelaki tuai umur udah rugi ngenyampau RM 48,340 ketegal ditipu individu ke nyaru diri nyadi pegawai bank negara kena 6 September 2021 apin lama ti udah.

Sapit Tuai Polis Pelilih Padawan DSP Lim Jaw Shyong madah, tudah ke beumur 60 taun ari Taman Matang Jaya bisi nerima message madahka kad kredit iya bisi dikena meli barang nengah tali arus ti beungkus RM2,639.10.

Ku iya, tudah lalu dipinta betelefon ngagai siti lumur ari Bank Negara lalu orang ke nyaut telefon nya madahka diri pegawai bank.

“Pegawai bank lalu madahka kad kredit iya udah direjister ba Mid Valley, Kuala Lumpur lalu iya minta sebarang penerang ti bekait enggau kad kredit tudah,”

“Tudah nitihka jaku iya ketegal iya arapka pegawai bank nya ke madah akaun bank iya deka dibeku awakka iya enda ditipu orang bukai,”

Ku iya nambah agi, saspek mega minta penerang senentang akaun bank tudah dalam  tali arus ti nyengkaum Kod Pengesahan Transkasi (TAC) ti udah diterima tudah.

Sepengudah saspek bulih penerang nya, tudah nerima mesej notifikesyen madahka bisi transeksyen mindah duit ari akaun tudah.

“Anggar pengerugi tudah iya nya ngenyampau RM48,430.”

Kes ditasat ba baruh Seksyen 420 Kanun Keseksaan ia nya pengawa nipu, lalu ulih dijil enda kurang ari setaun enggau enda lebih ari 10 taun sereta dilunsin enggau kena tunggu.

Entudika nya, mensia mayuh ke bisi sebarang penerang ti bekait enggau kes nipu tu tau nganjung ia ngagai whatsapp tauka SMS ngagai lumur 013-211 1222 tauka ngelawa laman web Opis Tasat Pengawa Jai Komersil ba ccid.rmp.gov.my.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2021 03:28 PM | Show all posts
R2D2 replied at 18-9-2021 07:24 AM
Lelaki rugi RM48,340, ditipu pegawai Bank Negara
By Lorenzo Isaac Ak Anthony
Breaking News, Crime, ...

faham bahasa iban ke?
sy faham tajuk jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 03:32 PM | Show all posts
Vellfire replied at 18-9-2021 03:28 PM
faham bahasa iban ke?
sy faham tajuk jer

tak fhm
kebetulan baru nk paste dlm thread
tgk ko dh buka
so aku tumpang je la sekali


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 06:14 PM | Show all posts
Vellfire replied at 18-9-2021 03:28 PM
faham bahasa iban ke?
sy faham tajuk jer
takde nya dia paham

Breaking News, Crime, Sarawak
dari link kamek pernah letak as credit to owner / editor
https://tvstv.my/category/breaking-news/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2021 05:37 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-9-2021 10:14 AM
takde nya dia paham

dari link kamek pernah letak as credit to owner / editor

dolok ada kawan kmk suka pake perkataan tok "Ku iya"
jadi tukang translate kat opis


kes mcm ni makin banyak..
polis dah bagitau kalo ada orang telefon cakap
dari LHDN, bank ke apa2 ke jangan dilayan


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2021 08:50 PM | Show all posts
Vellfire replied at 19-9-2021 05:37 PM
dolok ada kawan kmk suka pake perkataan tok "Ku iya"
jadi tukang translat ...
kamek paham jak iban ... tapi maok klaka mek sik pandei ...

yalah ctok merata iban
geng2 sekolah pun iban juak ... skit jak melayu ...

kes mcm ni makin banyak..
polis dah bagitau kalo ada orang telefon cakap
dari LHDN, bank ke apa2 ke jangan dilayan
kamek dalam kesian ... geram juak ngan cdak tuk...

patut nya alert lah dengan menda2 camni... jangan layan ...
bukan sedikit kes ... tak kan tak ambik peduli langsung ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054536 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list