CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 996|Reply: 0

[Sarawak] Kes COVID-19 tidak akan kembali dua digit dalam masa terdekat ini

[Copy link]
Post time 18-9-2021 02:33 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak tidak akan kembali kepada angka dua digit dalam masa terdekat ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar).  

Menurutnya, tidak kira berapa banyak ujian calitan PCR, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kuarantin, sekatan, vaksinasi, garis panduan (SOP), sukar untuk kes kembali dua digit kecuali jika setiap orang memainkan peranan masing-masing.

“Meskipun kita lega jumlah kes kategori 3,4 dan 5 serta kematian di Sarawak antara terendah di Malaysia, kita masih perlu memutuskan penularan supaya bilangan kes tidak membimbangkan dan meruntuhkan sistem kesihatan kita.

“Walaupun kita tidak dapat melakukan apa-apa pada angka hari ini kerana ia mencerminkan penularan komuniti dalam 14 hari lepas, kita boleh buat perbezaan pada jumlah kes untuk tempoh 14 hari yang akan datang.

“Ini boleh dicapai dengan bantuan semua dan saya yakin jika kita lakukannya bersama, kita boleh membuat perbezaan dalam tempoh 14 hari yang akan datang,” katanya menerusi catatan di Facebooknya semalam.

Tambah Dr Sim bagi melindungi diri daripada COVID-19, pastikan diri serta ahli keluarga berumur 18 tahun dan ke atas telah divaksin.

Kerap cuci tangan terutama sebelum menyentuh mata, hidung dan mulut, pemakaian pelitup muka, mengurangkan interaksi fizikal dengan orang lain termasuk ahli keluarga yang tidak tinggal serumah.

Bagi melindungi kanak-kanak dan remaja yang belum divaksin, cara terbaik untuk melindungi mereka adalah dengan melindungi diri sendiri.

Langkah yang boleh diambil adalah dengan pertama mengambil vaksin COVID-19, kedua memakai pelitup muka dengan betul dan ketiga menjadi bertanggungjawab ketika di tempat kerja atau di tempat awam.


utusanborneo.com.my/2021/09/18

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.149269 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list