LIMBANG, 18 September: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti pendakian atau ‘hiking’ di Bukit Mas hari ini.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahu kanan dan luka di bahagian pipi serta dahi akibat terjatuh.
Mangsa dilaporkan dalam keadaan sedar dan stabil.
Pasukan Bomba bertindak membuat perawatan awal pada mangsa di lokasi sebelum menghantar mangsa ke Hospital Limbang untuk tindakan lanjut.