CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1827|Reply: 9

[Sarawak] Warga Indonesia ditahan miliki senjata api tiruan

[Copy link]
Post time 18-9-2021 07:30 PM | Show all posts |Read mode
MUKAH, 18 September: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki memiliki 17 laras senjata api tiruan, 24 kelopak peluru dan 12 butir bola gel bersaiz di antara tujuh dan 7.5 milimeter di sebuah rumah sewa di Jalan Orang Kaya Setiaraja semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan bersama-sama lima rakan senegara berumur lingkungan 25 hingga 39 tahun dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Imigresen serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak pada kira-kira 3.05 pagi.

Beliau ketika dihubungi Bernama berkata serbuan dibuat setelah pasukan itu mendapat maklumat ada sekumpulan warga asing yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen di rumah itu dan hasil pemeriksaan premis, pasukan itu telah menemukan senjata api tiruan berkenaan.

Jelasnya, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Senjata Api 1960 manakala yang lain ditahan oleh Jabatan Imigresen bagi siasatan di bawah Akta Imigresen 1959.-BERNAMA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2021 07:45 PM | Show all posts
Berita ni lebih lengkap ...

Lelaki warganegara Indonesia diberkas miliki 17 laras senjata api tiruan

MUKAH:Seorang lelaki warganegara Indonesia diberkas kerana memiliki 17 laras senjata api tiruan  dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Orang Kaya Setiaraja, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Mohamad Rizal Alias berkata, ketika serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak bersama Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) jam 3.05 pagi terdapat
seramai enam  warganegara Indonesia yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 39 tahun berada dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan juga dokumen perjalanan tamat tempoh.

"Bagaimanapun, hasil soal siasat terhadap salah seorang suspek berusia 27 tahun telah menjumpai pelbagai jenis senjata api tiruan dalam rumah berkenaan.

"Antara senjata tiruan yang dijumpai ialah  senjata AK, Sniper, M16, HK, HK UMP, Pump Gun,HK 416, Styer dan Riple P90 serta 24 kelopak peluru tiruan, 12 paket peluru bebola plastik dan gel bagi tujuan permainan paintball, " katanya hari ini.

Rizal berkata, suspek yang bekerja sebagai peniaga barangan Indonesia di kawasan ladang Mukah membawa masuk senjata api tiruan itu secara seludup.

"Suspek merancang mahu menjalankan perniagaan permainan paintball di Mukah menggunakan blaster, tetapi tidak dapat dijalankan kerana tiada rakan kongsi tempatan untuk permohonan lesen.

"Malah, perniagaan juga tidak dapat dijalankan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa sekarang," ujarnya.

Beliau berkata, semua barangan rampasan dianggarkan bernilai sekitar RM40,000.

"Hasil semakan awal suspek tidak mempunyai  rekod lampau berkaitan kes jenayah.

"Suspek telah diserah kepada pihak polis kerana  disyaki melakukan kesalahan mengikut  Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 iaitu memiliki pelbagai jenis senjata api tiruan," jelasnya.

Katanya, lima lagi rakan suspek  ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.















Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke untuk biz paintball? .. Bagus gak kena tangkap and kena rampas.. Bahaya kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
yeke utk tujuan paintball
dah dtg negara org buat perangai xsemenggah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish paintball apa gun tu lain benor… tangkap jangan lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 05:44 PM | Show all posts
ease replied at 18-9-2021 12:01 PM
Betul ke untuk biz paintball? .. Bagus gak kena tangkap and kena rampas.. Bahaya kan


tapi tak tau mcm mana cara dorang bawak semua tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2021 08:33 PM | Show all posts
FC tak pernah main paintball... jadi kurang arif nak tau rupa senapang nya ...

tapi kalo nengok yang tu ... cam real pun yer ... mata kita orang biasa2 ni lah kan ...

yer la kot memula senapang palsu ... nanti2 dah biasa lepas ... seludup yang real pula ...


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 19-9-2021 08:33 PM
FC tak pernah main paintball... jadi kurang arif nak tau rupa senapang nya ...

tapi kalo nengok y ...

Kalau paintball untuk letak bullet dia tu besar juga, macam water gun tu belah atas.. ni magazine dia untuk bullet biasa.. mesti dah lama di spy kan baru di tangkap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
deyyy buat la benda2 gini kat negara kome...
Dah tau kat negara orang, carik pasal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 02:35 PM | Show all posts
hareeeesah replied at 19-9-2021 10:04 PM
Kalau paintball untuk letak bullet dia tu besar juga, macam water gun tu belah atas.. ni magazine  ...
haaa betul la yang FC ingat tu ... agak besar untuk letak bullet nya kan ...

kot2 yang terkini ... lebih canggih ... nak cam real ... la kot ...

selalu nya sblom tangkapan ... memang kena dapat info penuh ... takmo nanti bila dah d tangkap... terpaksa d lepaskan gtu ja sebab kurang bukti ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051395 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list