CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1365|Reply: 7

[Sarawak] Kanak-kanak lelaki, setahun tiga bulan terkunci dalam kereta

[Copy link]
Post time 19-9-2021 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Cemas anak terkunci dalam kereta
Norsyazwani Nasri


ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya cuba membuka pintu menyelamatkan kanak-kanak yang terkunci dalam kereta. FOTO Norsyazwani Nasri

Sibu: Seorang bapa berdepan detik cemas selepas anak lelakinya berusia setahun tiga bulan terkunci dari dalam kereta di Sibujaya, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Janggan Muling berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.52 petang.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati seorang kanak-kanak terkunci dari dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

"Anggota operasi menggunakan pembaris besi dan batang besi untuk membuka pintu kereta berkenaan, namun tidak berjaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seterusnya pemilik kereta berkenaan, seorang lelaki berusia 24 tahun meminta anggota yang bertugas memecahkan cermin kereta.

"Cermin kereta berkenaan dipecahkan dengan menggunakan batang besi untuk membuka pintu.

"Selepas pintu berjaya dibuka, anak mangsa berjaya dikeluarkan," katanya.

Disiarkan pada: September 19, 2021 @ 4:54pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 la tggl ank dlm keta
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan sesekali tinggalkan anak di kereta!

Nasib awal perasan anak tinggal di kereta. Kalau lupa berjam2 xtau la nasib anak
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berkali2 kejadian macam ni berlaku.
Ibu bapa tolonglah lebih aware tentang hal2 sebegini.
Kang apa2 jadik kat anak, kome jugak yang rasa bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 02:28 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 19-9-2021 11:14 PM
Dah berkali2 kejadian macam ni berlaku.
Ibu bapa tolonglah lebih aware tentang hal2 sebegini.
Kan ...
kan ...

bila kita yang solo molo ni ingat kan ...

kata nya lom kawin senang la nak kata itu ini ...

masalah nya sebab kita ambik berat ...


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-9-2021 02:28 PM
kan ...

bila kita yang solo molo ni ingat kan ...

Itulahhhh...
Bukan nak nafikan kesibukan mak ayah tu
Kita faham
Tapi keselamatan anak2 pun prioriti
Anak2 baya2 toddler ni bukan suka duduk diam
Kang dimain button2 dalam kereta tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2021 04:51 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 20-9-2021 04:20 PM
Itulahhhh...
Bukan nak nafikan kesibukan mak ayah tu
Kita faham
nak ngata lelebih kang ... ada yang meroyan

cuma tu la ... camne boleh si kecik tu terkunci dalam tu ...auto lock...?

kalau gtu ... agak bahaya juga lah fungsi auto lock ni kan ...



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda yang berulang2 jadi.. Kalau akak, dah silap sendiri.. takyah tunggu bomba, terus cari apa2 yang boleh dan pecahkan je cermin.. Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.317886 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list