CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1733|Reply: 13

[Sarawak] Lelaki maut ditetak ketika cuba selamatkan keluarga

[Copy link]
Post time 19-9-2021 07:49 PM | Show all posts |Read mode
BETONG: Seorang lelaki terbunuh akibat ditetak oleh seorang pesakit mental di kawasan sebuah rumah panjang, di sini pada 16 September lalu.

Ketua Polis Daerah Betong DSP Zamry Alli (gambar) berkata kejadian tersebut berlaku apabila suspek (lelaki) berusia 24 tahun tiba-tiba mengamuk dengan bersenjatakan parang panjang.

Menurutnya, suspek menyerang mangsa berusia 57 tahun yang ketika itu cuba menyelamatkan diri bersama keluarganya keluar dari rumah panjang  tersebut dengan menaiki sebuah kereta pada jam 7.44 malam.

"Bagaimanapun, kereta yang digunakan mereka tiba-tiba rosak dan suspek terus menyerang mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia.

"Manakala ahli keluarga mangsa yang lain menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam semak berdekatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya juga, polis turut menerima laporan berhubung kejadian dan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bergegas ke lokasi kejadian selepas itu.

"Setiba di lokasi kejadian, kita dimaklumkan suspek masih berada di rumah panjang dan anggota telah masuk ke dalam dan berjumpa dengan beberapa ahli keluarga suspek.

"Menyedari kehadiran polis, suspek kemudian muncul dan terus menyerang menyebabkan anggota kita terpaksa melepaskan tembakan ke arahnya," katanya lagi.

Jelas beliau, suspek meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan di badan.

"Hasil siasatan awal, kita difahamkan suspek merupakan pesakit mental dan  terdahulu ada menerima rawatan di Hospital Betong sebelum dirujuk ke Hospital Sri Aman.

"Namun belum sempat dia dibawa ke Hospital Sri Aman, kejadian ini telah berlaku," katanya.

Terdahulu, suspek juga dikatakan menyerang seorang lelaki berusia 64 tahun sehingga menyebabkan kecederaan parah dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Betong.

Mayat mangsa dan suspek telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Betong untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

"Kita mohon orang awam atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan," ujar Zamry.


Jeremy Lanson
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2021 07:52 PM | Show all posts
Terdahulu, suspek juga dikatakan menyerang seorang lelaki berusia 64 tahun sehingga menyebabkan kecederaan parah dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Betong.
sepatut nya ...
bila dah ada kes pertama camni... jangan la lepas kan gtu ja ...



Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cucutokwan89 at 19-9-2021 08:01 PM
FanTasyCreaTioN replied at 19-9-2021 07:52 PM
sepatut nya ...
bila dah ada kes pertama camni... jangan la lepas kan gtu ja ...


2 kejadian ni berlaku dlm hari yg sama atau lain2 hari?
Apa2 pun takziah pd family mangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2021 08:01 PM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 19-9-2021 07:58 PM
Kan... Dah ada kes. Takziah pd family mangsa.
mudah nya nanti kan ...

tak d ambil tindakan ... sebab mental ...
sedangkan dah 2 mangsa ...


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 19-9-2021 08:01 PM
mudah nya nanti kan ...

tak d ambil tindakan ... sebab mental ...

Bila baca semula baru faham, tak sempat nak bw ke hospital, suspek mengamuk lg sekali. Aduh2. Tindakan kena cepat kalu kes2 gini. Dah nyawa melayang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2021 08:08 PM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 19-9-2021 08:03 PM
Bila baca semula baru faham, tak sempat nak bw ke hospital, suspek mengamuk lg sekali. Aduh2. Tind ...
FC pun silap sebab rasa geram bila baca ...
saspek pun dah mati kena tembak ...

tapi rasa pelik pula ...

dia hanya mengamuk mengerjakan sekeluarga tu ... tapi... pastu elok masuk balik ke rumah panjang dan bersama keluarga ...? pastu baru mengamuk balik bila tau Polis datang ...? sehingga d tembak Polis ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 19-9-2021 08:08 PM
FC pun silap sebab rasa geram bila baca ...
saspek pun dah mati kena tembak ...


Dah nama pun sakit mental..jenis gila on off la tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2021 08:20 PM | Show all posts
Belibis replied at 19-9-2021 08:15 PM
Dah nama pun sakit mental..jenis gila on off la tu...
kesian kat mangsa ... tak memasal... sorang masih d icu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Puas hati saya baca saspek mati ditembak.
Maafkan saya kerana begitu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2021 08:36 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 19-9-2021 08:30 PM
Puas hati saya baca saspek mati ditembak.
Maafkan saya kerana begitu...
sama lah kita ...
walaupun dia mental ...


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan dua-dua belah pihak. Suspek tak sedar, mangsa silap hari bulan. Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak pun bila baca.. Dalam hati haizz ada kes mental mesti lepas.. Bila habis baca..then hati macam rasa.. ha at least dia pun mati.. Kalau tak, madang kena lepas guna mental card.. Mesti trauma yang sembunyi dalam semak tu..

Dan macam FC gak, heran sey boleh duduk2 ngan family. Tak kecoh2 ker
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa takdan lari jauh ke dgn kereta sebelum rosak atau suspek kejar sampai dapat? Dia dah kena tangkap pastu lari dari hospital? Ahh kenot brain...tapi mati juga akhirnya bagus laa...tak menyusahkan da
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya dh nak lari keta pulak buat hal..
takziah pd keluarga mangsa..actually family suspek patut hantar suspek tu ke hospital le kalau dh mengamuk cederakan mangsa pertama..now suspek pun dah arwah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.054855 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list