|
KOTA KINABALU: Sebanyak 35 kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan pada 19 September 2021.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, 14 kes di Sandakan, sembilan kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Keningau, dua kes di Putatan dan Lahad Datu.
"Manakala Kunak, Ranau, Tawau, Penampang dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, penduduk yang menerima vaksin setakat 18 September 2021 bagi dos 1, dos 2 dan juga vaksin Cansino adalah berjumlah 51,013 orang menjadikan kumulatif sebanyak 2,059,354 atau 72.3 peratus dari populasi dewasa yang sudah menerima vaksin.
Manakala katanya, penduduk yang telah lengkap divaksin adalah seramai 1,560,178 atau 56.6 peratus dari populasi dewasa.
"Pada 19 September 2021, sejumlah 24,667 golongan remaja telah menerima vaksin menjadikan kumulatif penerima vaksin di kalangan remaja sebanyak 63,826 atau 15 peratus daripada 426,000 remaja diantara 12 sehingga 17 tahun di Sabah," katanya.
Dalam pada itu katanya, sejumlah 80 sekatan jalan raya telah dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 27,990 buah kenderaan.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 137 buah kenderaan diarah berpatah balik. Sebanyak 22 kompaun melanggar SOP COVID-19 juga telah dikeluarkan seluruh Sabah dengan pelbagai kesalahan.
Credit
|
|