View: 1450|Reply: 19
|
[Sarawak]
Vaksin Cansino
[Copy link]
|
|
Kuching: Sarawak akan melaksanakan program imunisasi di kawasan pedalaman apabila bekalan vaksin satu dos, CanSino diterima esok dan lusa.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebaik diterima vaksin berkenaan akan terus dihantar ke lokasi program imunisasi itu khususnya di pedalaman bahagian Miri.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan kuantiti vaksin berkenaan yang diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan.
"Kita akan melaksanakan program imunisasi itu terutamanya untuk masyarakat Penan yang tinggal jauh di pedalaman.
"Vaksin CanSino sesuai untuk mereka kerana ia hanya perlu disuntik sekali sahaja," katanya.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kesedaran Covid-19, di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata Sarawak bersedia untuk melaksanakan suntikan dos ketiga dan sudah membincangkannya dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
"Kita sudah menyediakan senarai penerima kalangan petugas barisan hadapan serta golongan berkomorbid," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam Covid-19 akan merangka pelan pendidikan kesedaran Covid-19 untuk dilaksanakan segera.
Jawatankuasa berkenaan yang diketuai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kini di peringkat akhir persiapan untuk melaksanakan program kesedaran Covid-19 di seluruh negeri dalam usaha mendepani era endemik wabak itu di Sarawak.
"Sekarang kita dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan di bawah pelan ini, sangat kritikal mesej kesedaran dan pendidikan kesihatan mesti disampaikan kepada akar umbi.
"Kita merasakan program pendidikan kesihatan ini perlu lebih intensif dan agresif dilakukan secara sistematik dengan itu rakyat boleh memahami situasi sekarang dan bagaimana mengadaptasi kepada norma baharu dengan Covid-19," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya tertanya tanya juga kenapa tidak diberikan vaksin cansino atau vaksin 1 dos kepada yg lain. Lagi senang sebab 1 kali cucuk saja. Ramai yg dapat jangkitan masa Di PPV sebab terlalu sesak. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal ...
tak silap tu penyebab nya
jadi kerajaan hanya mengagihkan kepada mereka yang susah nak sampai atau yang betul-betul jauh d pendalaman ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 21-9-2021 06:02 PM
mahal ...
tak silap tu penyebab nya
Tapi yg kena 2x jab ni pon kos operasi jadi double...so rasanya sama mahal je...tah2 jd lg murah kos overhead operasi ppv semua tu sbb sekali jab je and cepat settle semua...
Yg nama dia ni pon meols slalu baca casino...hilang N tgh hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang yang di pendalaman ni dorang keluar masuk ke mana2 ke fc? . Bunyi macam tempat ceruk sangat..maaf ya akak susah nak imagine how remote it is. G miri pun area bandar dekat ngan Airport.. But at least la ada usaha nak get the vax to them.. |
|
|
|
|
|
|
|
ease replied at 22-9-2021 09:12 PM
Dorang yang di pendalaman ni dorang keluar masuk ke mana2 ke fc? . Bunyi macam tempat ceruk sangat.. ...
Dalam kes Sarawak ni, masalah transportation & movement ni lebih kepada bentuk muka bumi itu sendiri. Muka bumi Sarawak sangat sesuai utk water transportation sebenarnya. Kadang tak terlalu ceruk tapi dipisahkan oleh sungai yg lebarnya seluas mata memandang.
Macam nak ke kampung saya tahun 80an, dah naik flight sampai Kuching, sambung naik flight ke Sibu. Pastu naik teksi, Last mile nak sampai kena pakai bot. Menyeberangi Sungai Rajang.
Mcm diorg yg di pendalaman ni, ada je penduduk yg buat teksi sapu. Biasanya 4wd. Sekali sewa nak ke pekan/ bandar dalam seratus lebih. Ada lebih lagi depend on how far area you want to go. |
|
|
|
|
|
|
|
fatinandreanna replied at 23-9-2021 05:14 AM
Dalam kes Sarawak ni, masalah transportation & movement ni lebih kepada bentuk muka bumi itu sendi ...
Tq sangat describe it. Very interesting bila u kata sebab bentuk muka bumi yang more towards water transportation. Padahal distance/travel/journey can be short. Teringat kat Thailand.. Naik boat to ferry us from one place to another is shorter than via land. Tq ya explain.. I baca dengan penuh minat.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fatinandreanna at 23-9-2021 08:15 AM
ease replied at 23-9-2021 07:29 AM
Tq sangat describe it. Very interesting bila u kata sebab bentuk muka bumi yang more towards water ...
Sama sama @ease. Sungai2 tributary kat sana besar2. Dan sgt panjang. Sungai yg sempit pulak selalu melalui hutan hujan tropika di sana.
Klu ease nak baca buku pasal pengembaraan melalui sungai, cuba cari ebook My Life in Sarawak oleh Margaret Brooke, Ranee Sarawak yg pertama. Beliau consort pd Rajah kedua. Rajah pertama, uncle kepada husbandnya childless dan xde consort. Memang best buku ni.
Her Highness ada menceritakan pengalaman melakukan lawatan kerja menaiki bot dan kapal dari Kuching hingga ke Brunei. Time ni daerah yg berhampiran Brunei bukan milik Sarawak. Masih under Brunei.
|
|
|
|
|
|
|
|
fatinandreanna replied at 23-9-2021 08:09 AM
Sama sama @ease. Sungai2 tributary kat sana besar2. Dan sgt panjang. Sungai yg sempit pulak sela ...
Wah thanks again. Nanti I search for the book. Mmg minat long trips.. I'm always intrigued by what happens before each stop. Tq again.. Stay safe wherever you are.. |
|
|
|
|
|
|
|
ease replied at 23-9-2021 08:20 AM
Wah thanks again. Nanti I search for the book. Mmg minat long trips.. I'm always intrigued by what ...
You too @ease. |
|
|
|
|
|
|
|
antara pengangkutan utama dari bandar besar berdekatan ke kampung memasing melalui cabang sungai2 kecil
masih lagi menjadi salah satu pengangkutan utama dari Kapit ke Belaga ... 5jam
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 23-9-2021 03:53 PM
antara pengangkutan utama dari bandar besar berdekatan ke kampung memasing melalui cabang sungai2 k ...
Yang warna warni besar tu macam ada gak konpiden nak naik untuk perjalanan 5 jam.. Kalau yang kecik tu adoila cannot imagine.. But what to do kan if itu sahaja pengangkutan yang ada.. All these reminded me of semporna.. Ada boat kat jetty tepi jalan je.. bawak kita ke pulau2..
Kalau da boleh travel.. Mmg da set nak ronda2 more of miri.. Nak ke sibu plan haritu.. and semporna/kinabatangan |
|
|
|
|
|
|
|
ease replied at 23-9-2021 05:27 PM
Yang warna warni besar tu macam ada gak konpiden nak naik untuk perjalanan 5 jam.. Kalau yang keci ...
Bot yg kecil tu memang diperlukan untuk memudik sungai kecil. Sebab sesetengah sungai xlebar dan tak berapa dalam pada sesetengah tempat. Yg ni biasanya ke area pendalaman dan area rumah panjang. Bot kecil ni last mile use. |
|
|
|
|
|
|
|
fatinandreanna replied at 24-9-2021 02:56 PM
Bot yg kecil tu memang diperlukan untuk memudik sungai kecil. Sebab sesetengah sungai xlebar dan t ...
Yes akak boleh imagine that. Kena bot kecik untuk navigate tempat yang area pendalaman and sungai yang tak luas.. Tabah betul hati mereka kan.. Kalau akak jadi guru.. My first choice untuk mengajar anak2 yang tinggal di kawasan remote camni.. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 23-9-2021 05:37 PM
yang warna warni besar tu ... tu pengangkutan utama dari Kapit ke Sibu sblom ada nya jalan dara ...
Akak pernah naik yang bot kecik tu untuk pegi ke kelong tengah laut dari mainland.. Boleh pegang air laut huhu.. Seram juga but kita semua pakai life jackets and banyak kelong2 around.. So kalau apa2 jadi, mmg ada yang akan datang tolong.
Tapi tengokkan sungai dalam gambar tu.. Lebar luas panjang.. Duhh.. Susah akak nak bayang kan kalau jadi apa2..
|
|
|
|
|
|
|
|
ease replied at 24-9-2021 03:26 PM
Akak pernah naik yang bot kecik tu untuk pegi ke kelong tengah laut dari mainland.. Boleh pegang a ...
Membayangkan naik bot kecil tu sambil diiringi oleh bujang senang ke?
Selalunya ada pantang larang yg perlu dipatuhi kalau dlm perjalanan sebegini. Timing perjalanan tu pun penting. Mungkin FC boleh terangkan lebih lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
fatinandreanna replied at 24-9-2021 03:39 PM
Membayangkan naik bot kecil tu sambil diiringi oleh bujang senang ke?
Selalunya ada pantang l ...
Hehe takpe2.. Tadi pegi search Google about sungai2 di sarawak.. Very interesting read.. Tq ya sudi kongsi ngan akak ni.. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ease replied at 24-9-2021 04:58 PM
Hehe takpe2.. Tadi pegi search Google about sungai2 di sarawak.. Very interesting read.. Tq ya sud ...
Sama2. Sharing is caring kan kita ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|