View: 2034|Reply: 1
|
[Borneo]
KKM tidak menyarankan penggunaan Disinfection Box, Chamber/Tunnel/Booth/Partitio
[Copy link]
|
|
![](https://scontent.fkul4-4.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/p526x296/241917331_1276502762802438_6407145537732813677_n.jpg?_nc_cat=102&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=peSo2HdBMcYAX8zhuif&_nc_ht=scontent.fkul4-4.fna&oh=6bf96f3a213d5d2940a3b0d16c396e77&oe=616FB967)
KKM ingin menegaskan sekali lagi bahawa penggunaan Disinfection Box, Chamber/Tunnel/Booth/Partition/Gate untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 adalah tidak disarankan.
Penilaian telah dilakukan terhadap beberapa model peralatan dari beberapa negara jiran dan model-model sedia ada di Malaysia. Setiap model menggunakan semburan bahan kimia yang berlainan selama 20 hingga 30 saat.
Hasil daripada penilaian ini, tiada bukti menunjukkan bahawa peralatan ini berjaya atau berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19. 20-30 saat adalah tidak memadai untuk nyahkuman yang berkesan. Ia juga tidak membunuh kuman dalam badan manusia dan bahan kimia yang digunakan memudaratkan kepada selaput badan seperti mata dan mulut.
Penjelasan ini pernah dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan akhbar pada 15 April 2020.
(https://kpkesihatan.com/.../kenyataan-akhbar-kpk-15.../)
Berdasarkan penilaian ini, KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan ini untuk langkah pencegahan jangkitan COVID-19 sebaliknya mengekalkan penjarakan sosial dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM.
Kos untuk membeli disinfectant box ini sebaiknya diguna untuk mengadakan langkah pencegahan yang lebih berkesan seperti memperbanyakkan tempat mencuci tangan bagi pengusaha restoran atau medan selera atau menyediakan lebih banyak cecair pembasmi kuman (sanitizer) untuk kemudahan pelanggan.
Penjelasan semula ini dibuat susulan ada peniaga yang merancang untuk menyediakan disinfection box kepada pelanggan mereka, seperti yang dilaporkan media.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia
Isu Keselamatan Dan Keberkesanan Nano Mist Spray Sebagai Alat Disinfeksi
![](https://scontent.fkul4-4.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/241400446_10158167421656237_4893985541284019718_n.png?_nc_cat=1&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=5VbtF9ccFkkAX-PYXR7&_nc_ht=scontent.fkul4-4.fna&oh=eec4b4f7085a6b10e8c03925245dcd8d&oe=61701F99)
![](https://scontent.fkul4-4.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/241525494_10158167421861237_7612429562295612484_n.png?_nc_cat=1&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=BSpmNPHX2cIAX_EHUKb&_nc_ht=scontent.fkul4-4.fna&oh=1f856f68eb3b1e97e3a57f0caa6c5766&oe=61713A46)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|