CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1955|Reply: 11

[Sabah] Aduan tidak diendahkan, penduduk bertarung nyawa setiap kali kejadian banjir

[Copy link]
Post time 21-9-2021 11:44 PM | Show all posts |Read mode

CONDONG: Tiang elektrik yang hampir tumbang disebabkan arus banjir yang kuat

KOTA KINABALU: Sudah bertahun-tahun lamanya penduduk membuat aduan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) merayu agar menukar tiang elektrik yang hampir tumbang.

Menurut seorang penduduk Saina Binsin, tiang berkenaan semakin condong hari demi hari apabila arus banjir yang kuat melanda.

"Lokasi ini terletak di G15 Kampung Tabor Manggatal, kejadian banjir telah merosakkan tiang berkenaan dan tunggu masa untuk tumbang sepenuhnya.

"Setiap kali hujan turun, kejadian percikan api dan letupan sering berlaku berikutan talian elektrik dipenuhi ranting kayu serta tidak berlapiskan getah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, dalam tempoh bertahun-tahun membuat aduan, SESB hanya menghantar wakil ke lokasi tetapi tiada tindakan lanjut.



Menurutnya, surat juga sudah dibuat kepada SESB Zon Metro KPKK Off Jalan Kepayan, Tanjung Aru 88100 Kota Kinabalu melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) JPKK Kg Kemberian/Dombung Manggatal.

"Tetapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas positif yang ditunjukkan pihak berkaitan. Satu kejadian kebakaran pernah berlaku di kawasan talian terbabit yang hampir menyebabkan kebakaran besar beberapa tahun lalu.

"Kawasan ini juga sentiasa berlaku banjir apabila hujan lebat, tiang elektrik yang condong boleh tumbang pada bila-bila masa ketika banjir berlaku.

"Keadaan ini sudah pasti akan membahayakan nyawa penduduk yang tinggal di sekitarnya," katanya.

Selain itu, banjir juga sentiasa menjejaskan penduduk di sini memandangkan banjir yang melanda sering setinggi empat sehingga lima kaki.


Yap Siong Han



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya..semoga dipermudahkan urusan penduduk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2021 11:52 AM | Show all posts
edayildiz replied at 22-9-2021 01:22 AM
kesiannya..semoga dipermudahkan urusan penduduk
aamiin ...


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena keluar paper.. Kasi viral besar-besaran baru ada actions kot. Bahaya sangat ni.. Kesian kat penduduk.. Semoga Cepat2 la dorang betulkan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fatinandreanna at 23-9-2021 05:39 AM

Bahaya nya kalau tiang tu betul2 tumbang time banjir. Sapa ada kat situ semua boleh kena letrik shock. Tak dapat nak bayangkan.

Jadi tolong la buat tiang buat yg lebih kukuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2021 03:56 PM | Show all posts
ease replied at 22-9-2021 09:06 PM
Kena keluar paper.. Kasi viral besar-besaran baru ada actions kot. Bahaya sangat ni.. Kesian kat pen ...
menda camni kalo tak d viral kan ... lambat jer ...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-9-2021 03:57 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 23-9-2021 05:38 AM
Bahaya nya kalau tiang tu betul2 tumbang time banjir. Sapa ada kat situ semua boleh kena letrik shoc ...
kita nengok jer pun risau ...

apa lagi yang tinggal kat sana kan ...


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-9-2021 03:57 PM
kita nengok jer pun risau ...

apa lagi yang tinggal kat sana kan ...

Itulah. Sedangkan kita tangan basah pun x dibenarkan switch on/off suis takut kena letrik shock, inikan wayar letrik yg sentiasa mengalir voltan nya jatuh ke air banjir. God forbid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2021 03:17 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 24-9-2021 03:07 PM
Itulah. Sedangkan kita tangan basah pun x dibenarkan switch on/off suis takut kena letrik shock, i ...
Harap pas kuar berita camni merata2 kat FB kat IG kat memana la ... moga ada tindakan dari Pihak yang bertanggungjawab.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 04:06 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 24-9-2021 03:07 PM
Itulah. Sedangkan kita tangan basah pun x dibenarkan switch on/off suis takut kena letrik shock, i ...
alhamdulillah ...
terjumpa berita ni ...ada juga tindakan ...


Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) meneruskan usaha untuk membaikpulih bekalan walaupun berhadapan cabaran untuk memasuki kawasan selepas banjir.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, kerja-kerja
membaikpulih tiang dan talian elektrik yang rosak dan terjejas akibat banjir di beberapa tempat di Kawasan Pantai Barat Sabah masih terus dilaksanakan oleh pasukan teknikal SESB dan kontraktor yang dilantik.

“Usaha membaikpulih mengambil sedikit masa kerana pasukan teknikal SESB berhadapan dengan laluan berlumpur tebal dan licin. Manakala itu, ada sebahagian tempat yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan dan pasukan teknikal terpaksa berjalan kaki dengan membawa peralatan baikpulih,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Idris turut menjelaskan bahawa pemulihan bekalan di beberapa kampung di Daerah
Penampang telah mengambil sedikit masa memandangkan ianya perlu dilaksanakan secara berperingkat.

Ada beberapa buah rumah di Kampung Sugud yang masih belum dapat disambung bekalan kerana tiang elektrik tumbang ke kawasan paya dan usaha pemulihan tidak dapat dilaksanakan disebabkan keadaan tanah yang masih basah dan lembut,” katanya.
Usaha pemulihan akan dilakukan apabila keadaan selamat dan penutupan bekalan dilakukan bagi tujuan keselamatan.

Dalam pada itu, SESB turut bertindak atas aduan penduduk Kampung Tabor di Menggatal yang menyatakan kebimbangan ke atas keadaan tiang elektrik yang condong.

“Tiang tersebut akan dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Idris menasihati pengguna dan orang awam untuk tidak mengalihkan wayar atau kabel yang jatuh kerana dikhuatiri masih mengalirkan arus elektrik dan boleh menyebabkan renjatan elektrik apabila disentuh.

Sumber: SIARAN AKHBAR @sesbcareline







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 04:15 PM | Show all posts
semoga mereka ni di lindungi ... aamiin ...









Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 04:06 PM
alhamdulillah ...
terjumpa berita ni ...ada juga tindakan ...


Bagusla dah ada tindakan. Itupun kena tengok tempat dulu sebab ada yg masih banjir, ada yg berlumpur lagi.

Yg FC highlight warna merah tu yang paling penting untuk pemberitahuan orang awam. Jangan suka2 alihkan. Tggu team SESB datang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063736 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list