|
*Sabah 1,199 (1,291)*
Kota Kinabalu 150 (148)
Sandakan 102 (96)
Lahad Datu 100 (107)
Pitas 70 (40)
Keningau 66 (95)
Papar 63 (62)
Tuaran 63 (61)
Putatan 63 (57)
Kota Marudu 54 (80)
Kota Belud 49 (78)
Tawau 48 (51)
Penampang 47 (82)
Telupid 42 (22)
Tongod 38 (19)
Nabawan 37 (42)
Beluran 36 (40)
Ranau 31 (59)
Kinabatangan 30 (18)
Tenom 26 (19)
Kudat 17 (31)
Kunak 16 (17)
Beaufort 14 (14)
Tambunan 11 (20)
Semporna 10 (12)
Sipitang 8 (10)
Kalabakan 8 (5)
Kuala Penyu 0 (6)
*Angka dalam kurungan*
*adalah jumlah kes kelmarin* *( 21/09/2021 )*
*Tidak ada kluster baru *
*RUMUSAN HARIAN*
*(22/09/2021)*
*Sabah mencatatkan trend penurunan hari ini dan merupakan angka terendah sejak 6 Ogos 2021. Hari ini jumlah kes yang direkodkan ialah 1,199 kes dengan penurunan sebanyak (-92) kes berbanding semalam.*
*Secara keseluruhan, perbandingan statistik semalam dengan hari ini menunjukkan perubahan angka jangkitan yang tidak statik dan penurunan angka jangkitan pada hari ini selari dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan kes iaitu dengan statistik 15 daerah mencatatkan penurunan, 11 daerah mencatatkan peningkatan kes, 1 daerah iaitu Beaufort, kekal dengan catatan sebagaimana semalam dan 1 daerah iaitu Kuala Penyu mencatatkan sifar kes.*
*Kota Kinabalu mencatatkan sedikit peningkatan yang tidak signifikan iaitu dengan catatan 150 kes, merekodkan peningkatan sebanyak cuma (-2) kes. Terdapat 6 kes yg melibatkan OKT dan 7 kes yang melibatkan pekerja2 pelantar minyak offshore dicatat di Daerah Kota Kinabalu. Kawasan perbandaran lain merekodkan peningkatan kecuali Penampang, Kudat, Lahad Datu dan Tawau.*
*Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Pitas (+30) kes, Telupid (+20) kes, Tongod (+19) kes dan Kinabatangan (+12) kes.*
*Daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Penampang (-35) kes, Keningau (-29) kes, Kota Belud (-29) kes, Ranau (-28) kes, Kota Marudu (-26) kes dan Kudat (-14) kes. Terdapat 10 kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini.*
*Daripada 1,199 kes yang didaftar hari ini, (479) kes atau 39.95% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (67) kes atau 5.59% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan (12) kes atau 1.00% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari.*
*Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (720) kes atau 60.1%, Saringan Bergejala (367) kes atau 30.6%, (0) kes daripada Saringan Kluster, (0) kes dari Saringan Bersasar dan (112) kes atau 9.3% melalui Saringan Lain-lain.*
*Daripada 1,199 kes yang berdaftar hari ini, (209) kes atau 17.43% adalah pesakit dalam Kategori 1, (951) kes atau 79.32% dalam Kategori 2, 9 kes dalam Kategori 3, 8 kes dalam Kategori 4 dan 4 kes dalam Kategori 5. 18 kes masih dalam siasatan. 95.58% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.*
MPL
|
|