View: 1487|Reply: 9
|
[Sarawak]
[ALERT] Macau Scam : Warga emas wanita lesap RM10,000
[Copy link]
|
|
SIBU: Seorang wanita warga emas dari Sibujaya di sini, kerugian RM 10,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pesara kerajaan berusia 62 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama Zulkifli Mohd Adli yang memperkenalkan diri dari TM HQ jam 9.30 pagi.
Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa bil Unifi didaftar atas namanya tertunggak sebanyak RM1,188.05 dan talian telefon berkenaan terlibat dengan judi dalam talian.
"Panggilan selanjutnya disambungkan kepada seorang lelaki bernama Shahrul yang berpangkat Sarjan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Negeri Sembilan.
"Pada masa yang sama mangsa dikatakan terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram 1MDB bersama seorang lelaki yang tidak dikenali bernama Jimmy Wong," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, selepas itu panggilan mangsa telah disambung kepada seorang lagi lelaki bernama Inspektor Redzuan dan memberitahu kepada mangsa jika ingin menyelesaikan masalah itu dia perlu membuat pindahan wang sebanyak RM 10,000 kepada Jabatan Audit Negara untuk disiasat.
"Perkara ini perlu dilakukan untuk mempastikan wang dalam akaun mangsa tidak terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram.
"Mangsa yang mula panik telah memandu sendiri ke Bandar Sibu ke CIMB Bank, Jalan Kampong Dato sekitar jam 1.39 tengah hari," katanya.
Stanley berkata, mangsa membuat tiga kali transaksi iaitu masing-masing berjumlah RM 4,950 pada transaksi pertama dan kedua dan yang ketiga berjumlah RM100 kepada nombor akaun atas nama Shamsudin Abu Hassan.
"Ketika sampai di rumah mangsa dimaklumkan oleh anak menantu dia telah ditipu orang yang tidak dikenali dan tampil ke balai polis membuat laporan berhubung kes itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," tegasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak buka account bank ... punya la banyak procedure ...
ramai jer takde bank account sebab tak bekerja ... perlu slip itu ini ...
makna nya ... senang jer la nak tau siapa empunya account yang menerima duit tu...
tapi mengapa kes macam ni senang jer lepas ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia panic sangat tu.. Kesian gak.. Tak ingat apa2 dah.. Bila da sedar, its too late.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kat sabah sarawak dia pass kat kengkonon polis ipk semenanjung...yg mangsa semenanjung plak die pass polis sabah...putar alam sungguh scammer ni |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 23-9-2021 04:52 PM
nak buka account bank ... punya la banyak procedure ...
ramai jer takde bank account sebab tak beke ...
Kannn...walaupon akaun tumpang tapi tangkap and siasat laa...mesti tuan punya akaun tu tau siapa dalang nya sbb biasa diorang pon dapat bayaran...bukannya tumpang free |
|
|
|
|
|
|
|
Polis kena sentiasa alert kan kot ... dier rang tak kan buat saman menyaman dalam talian ...
slot2 iklan tu selit2 kan juga la amaran peringatan ... sebab ramai acik2 nengok drama2 tv
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah nya kadang ... haha cam sorang acik ni... dapat col... dia layan jer ...
kata nya akan dapat panggilan ke mahkamah ... nak elak kena bayar ... saman kereta dia tertunggak kata orang tu ...
acik tu kata ...
maaf la nak ... nak nipu pun berpada-pada gak ... acik ni takde lesen keta ... takde keta
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu nya ... bank yang payah nak bekerjasama ... kata nya tak leh dedah data sulit pelanggan ...
gedik sangat la kan alasan tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 01:40 PM
Polis kena sentiasa alert kan kot ... dier rang tak kan buat saman menyaman dalam talian ...
...
Warga emas ni.. Anak2 kena play an important role.. Selalu selalu lah potpetpot kat family esp yang warga emas .. Mereka ni very vulnerable.. Cepat kalut dan percaya.. Kita jadi anak kena selalu ingatkan.. Mereka cepat lupa ... Itu yang akak selalu buat le kat mak ayah akak.. Memakcik pun kena gak.. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kat rumah FC terbalik lak
mak yang selalu bebel2 ... bgtau itu ini... jangan mudah percaya ...
siap suruh install apps "real caller" lagi tu
harap dengan ada nya thread camni... makin ramai yang alert ... kot2 baca dendiam ka ... kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|