View: 2069|Reply: 10
|
[Sabah]
Penerima vaksin PTI tidak akan diberi kad pengenalan: Hajiji
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak bercadang untuk memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sabah yang melibatkan pendatang tanpa izin (PTI).
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menegaskan perkara itu ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) mengenai cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pertimbangan untuk memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memelihara hak keselamatan dan kepentingan rakyat di negeri ini.
Sehubungan itu katanya, penerima vaksin dalam kalangan PTI tidak akan diberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan.
"Bagaimanapun, kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara itu untuk orang asal yang masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said semasa sidang Dewan Rakyat dipetik berkata, KDN akan mempertimbang untuk memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sarawak dan Sabah, termasuk dalam kalangan orang asal, yang masih belum memiliki identiti diri, jika memenuhi kelayakan.
Sementara itu, Ewon dalam kenyataannya menggesa supaya kerajaan negeri lebih tegas dan telus mengenai data-data melibatkan PTI yang diberikan vaksin di Sabah.
Menurutnya, rakyat Sabah menyuarakan kebimbangan, kemarahan dan kekeliruan berikutan jawapan lisan Timbalan Menteri Dalam Negeri di Parlimen baru-baru ini mengenai cadangan berkenaan.
Ewon berkata, program vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah melibatkan penduduk bukan warganegara.
"Saya menghargai jawapan lisan Ketua Menteri mengenai perkara ini dan mahu kerajaan bertegas dan harus lebih telus. Kita sudah 58 tahun menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia tetapi seolah-seolah masih wujud ribuan penduduk asal yang belum ada dokumen atau kad pengenalan?
"Apa yang dibuat selama ini untuk memastikan orang asal mendapat dokumen dan kad pengenalan? Saya khuatir ini akan membuka ruang kepada manipulasi dan salah guna dalam proses pemberian kad pengenalan berkenaan," katanya.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
bengong la ko nak bg ic kat pembawa varian delta tu...udh la msk secara haram ,bawa covid 19 varian delta..pastu ko bg vaksin beserta ic...PERCUMA.....'KEBODOHAN YG TERLAMPAU' namanya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kan kan kan ...
tu mengong bertingkat2 la jawab nya ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Apesal x bule kasi.sayya suda lama dudok sini.itu bahasa mulayu juga sayya pandai sakap.
-Mohamed sahidul Islam
|
|
|
|
|
|
|
|
Cucuk vaksin dapat ic...perghh syok...mesti ramai serbu nanti...alaa balerrr |
|
|
|
|
|
|
|
cina kat sini ...
bahasa iban pun terer tau
|
|
|
|
|
|
|
|
kan kan kan ...
sengal la yang bagi idea ni
|
|
|
|
|
|
|
|
dahlah dpt vaksin ... kerakyatan pon nak diberi gak ke? orang asal ke pti ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kata nya ... PATI ...
gedik la kan nak main bagi gtu2 ja
|
|
|
|
|
|
|
|
senang betol jd nak jadi warganegara cucuk vaksin je dh dpt ic ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru pagi tadi pekedai mamak cerita dengan saya pasal ni. Saya cakap kat dia gov Sabah ada autonomi dlm hal ni. Boleh reject proposal federal gov.
Since prinsip giving credit when its due, saya ucap tahniah la pd CM Sabah sebab tak akan bagi free citizenship pd PATI sana. Kena tegas. Kena ingat yg berura2 nak bagi ni federal bukan state gov.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|