View: 1319|Reply: 3
|
[Sarawak]
33 pemilik tanah terima pampasan RM189,000
[Copy link]
|
|
MERADONG: ADUN Daro, Safiee Ahmad telah menyampaikan 36 cek pampasan oleh kerajaan Sarawak berjumlah RM189,000 kepada 33 orang pemilik tanah di Dewan Pejabat Daerah Meradong, di sini, semalam.
Cek pampasan itu bagi projek rakyat membabitkan pembinaan jalan raya di Bawang Assan, Tanjung Manis, Sungai Ilas dan Kampung Sebena Fasa II.
"Bagaimanapun ia bukan jumlah keseluruhan bagi jalan yang sepanjang hampir 20 km kerana masih ada sebahagian tanah belum selesai disukat dan jumlah pampasan sebenarnya juga belum dikenalpasti oleh pihak Jabatan Tanah & Survei," menurut laman facebook DUN N.43 Daro semalam.
Sebelum ini, kerajaan sudah membayar sebanyak RM200,000 kepada pemilik tanah terbabit.
"Semoga siapnya projek ini nanti dapat merealisasikan impian 7 buah penempatan (5 buah Rh. Panjang & 2 Kampung) yang terlibat menikmati kemudahan jalan raya ," tambahnya.
Jalan raya itu juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi penduduk yang mana pada masa ini hanya bergantung kepada pengangkutan sungai.
tamat.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik msh pkp kalau x agent jual penapis udara air laut tanah, agent mlm, agent stock market, agent tikam nombor tidak kena .semua beratur dan beramah mesra seperti mana zaman bauksit di planet marikh |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni dier rang sendiri lapor diri kat kedai2
|
|
|
|
|
|
|
|
Jaga2 pacik semua, scammer intai peluang je tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|