CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1025|Reply: 0

[Sabah] Rentas Daerah Di Sabah Akan Kembali Kepada Sistem Zon

[Copy link]
Post time 23-9-2021 09:06 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan  Negeri Sabah akan mula membenarkan aktiviti rentas daerah selepas 70 peratus penduduk dewasa di negeri ini menerima dua dos vaksin yang lengkap.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pembukaan sempadan itu bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat dengan memperkenalkan semula sistem zon.

“Saya telah berbincang dengan pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan kami sepakat agar pada masa terdekat ini, Sabah akan kembali kepada sistem zon kerana 60 peratus populasi dewasa Sabah sudah divaksin.

“Oleh itu, kita akan kembali bahagikan Sabah kepada enam zon dan penduduk di setiap zon bebas merentas daerah dalam zon yang sama, kecuali daripada atau ke daerah yang belum mencapai tahap vaksinasi 60 peratus,” katanya semasa ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-16, hari ini.

Masidi (Bersatu-Karanaan) berkata, setiap keputusan mahupun perubahan akan dilakukan berdasarkan analisis terhadap data dan situasi semasa.

Mengulas lanjut katanya, segala keputusan yang dibuat dalam menetapkan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat negeri ini dilakukan berdasarkan sains dan bukan emosi.

Jelas beliau, Sabah mempunyai kaedah tertentu sebelum memutuskan sesuatu SOP kerana bukan semua polisi yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia boleh dipraktikkan di Sabah seperti penutupan kilang yang mencatatkan kes positif. – Utusan Online


sabahpost.net/2021/09/23


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.087675 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list