CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1509|Reply: 8

[Sarawak] Bengang ditegur anak saudara untuk tidak berbuat bising, lelaki cederakan anak b

[Copy link]
Post time 24-9-2021 07:41 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Bapa saudara dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan mencederakan anak buahnya mengunakan sebilah pisau daging, Ogos lalu.

Tertuduh  37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Zaiton Annuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Sri Cahaya Tondong, Batu Kawa kira-kira jam 11.00 malam, 3 Ogos lepas.

Oleh itu, Tertuduh didakwa di bawah Sekyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya.

Berdasarkan ringkasan kes, mangsa berusia 24 tahun telah membuat laporan polis terhadap tertuduh kerana mencederakannya menggunakan sebilah pisau daging di kediamannya sekitar jam 11.00 malam, 3 Ogos lepas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sehari selepas laporan polis dibuat, tertuduh kemudian berjaya ditahan oleh pihak polis di kediamannya di Taman Sri Cahaya Desa Moyan, Tondong kira-kira jam 1.00 petang. Senjata yang digunakan juga turut dirampas.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah mencederakan bahagian bahu kiri mangsa menggunakan sebilah pisau. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh saksi yang lain. Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, tertuduh bengang dengan teguran anak buahnya supaya tidak berbuat bising sehingga membawa kepada kejadian mencederakan mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Hisyam Junaidi manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

credit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2021 07:43 AM | Show all posts
orang camni ... bahaya ...

harap berubah lah lepas setahun nanti ...


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ego tinggi melangit ni. Tak boleh org yg lebih muda atau rendah pangkat menegur perbuatannya. Ngeri bila babitkan parang atau benda tajam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh. Baran ke apa? Darah daging pun ditorehnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 01:36 PM | Show all posts
acikbrown replied at 24-9-2021 08:20 AM
Ego tinggi melangit ni. Tak boleh org yg lebih muda atau rendah pangkat menegur perbuatannya. Ngeri  ...
sama lah kita ...
bila melibatkan pisau ... menda tajam2 ni... memang ngilu ler rasa nya walau pun baca2 jer


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 01:37 PM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 24-9-2021 08:35 AM
Huk aloh. Baran ke apa? Darah daging pun ditorehnya..
jenis baran la kot ...

bila amarah mengusai diri ... tak leh kena tegur ... lagi2 yang lebih muda ... sentap la tu ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 01:37 PM
jenis baran la kot ...

bila amarah mengusai diri ... tak leh kena tegur ... lagi2 yang lebih mud ...

Risaunya kalau jenis baran yg sikit2 nak naik tangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 03:18 PM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 24-9-2021 02:49 PM
Risaunya kalau jenis baran yg sikit2 nak naik tangan
harap pas keluar nanti dia berubah ...

kesian kat si anakbuah dia tu kalo dia masih berdendam ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 03:18 PM
harap pas keluar nanti dia berubah ...

kesian kat si anakbuah dia tu kalo dia masih berdendam .. ...

Kan.. Dah namanya famili, jauh mana pun nak lari, hubungan tu tak boleh nak putus. Harap aman2 je lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.081247 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list