|
*Sabah 1,273 (1,629)*
Kota Kinabalu 203 (153)
Lahad Datu 118 (93)
Kota Marudu 98 (114)
Sandakan 85 (121)
Keningau 81 (102)
Penampang 66 (62)
Beluran 65 (11)
Tuaran 60 (87)
Papar 47 (42)
Kota Belud 47 (64)
Tawau 43 (55)
Kudat 40 (43)
Pitas 39 (79)
Ranau 36 (193)
Tongod 33 (26)
Tenom 31 (26)
Putatan 31 (52)
Telupid 30 (19)
Nabawan 26 (33)
Beaufort 19 (9)
Kunak 18 (17)
Tambunan 14 (18 )
Kinabatangan 13 (167)
Sipitang 10 (29)
Kalabakan 10 ( 8 )
Semporna 9 (6)
Kuala Penyu 1 (0)
*Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin* *( 23/09/2021 )*
*Tidak ada kluster baru *
*RUMUSAN HARIAN*
*(24/09/2021)*
*Sabah mencatatkan trend penurunan yang ketara hari ini. Hari ini jumlah kes yang direkodkan ialah 1,273 kes dengan penurunan sebanyak (-356) kes berbanding semalam.*
*Secara keseluruhan, perbandingan statistik semalam dengan hari ini menunjukkan perubahan angka jangkitan yang tidak statik dan penurunan angka jangkitan pada hari ini selari dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan kes iaitu dengan statistik 14 daerah mencatatkan penurunan dan 13 daerah mencatatkan peningkatan kes.*
*Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan iaitu dengan catatan 203 kes, merekodkan peningkatan sebanyak cuma (+50) kes. Kawasan perbandaran lain juga merekodkan penurunan kecuali Lahad Datu, Penampang, Senporna dan Papar.*
*Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Beluran (+54) kes, Lahad Datu (+25) kes, Telupid (+11) kes dan Beaufort (+10) kes.*
*Daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Ranau (-157) kes, Kinabatangan (-154) kes, Pitas (-40) kes, Sandakan (-36) kes, Tuaran (-27) kes, Keningau (-21) kes, Putatan (-21) kes, Sipitang (-19) kes, Kota Belud (-17) kes, Kota Marudu (-16) kes dan Tawau (-12) kes. Terdapat 10 kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini.*
*Daripada 1,273 kes yang didaftar hari ini, (541) kes atau 42.50% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (18) kes atau 1.81% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan (11) kes atau 0.86% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari.*
*Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (784) kes atau 61.6%, Saringan Bergejala (368) kes atau 28.9%, ( 8 ) kes atau 0.6% daripada Saringan Kluster, (5) kes atau 0.4% dari Saringan Bersasar dan (108) kes atau 8.5% melalui Saringan Lain-lain.*
*Daripada 1,273 kes yang berdaftar hari ini :
(212) kes atau 16.65% adalah pesakit dalam Kategori 1,
(948) kes atau 74.47% dalam Kategori 2,
0 kes dalam Kategori 3,
7 kes dalam Kategori 4 ,
6 kes dalam Kategori 5.
100 kes masih dalam siasatan.
93.09% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.*
MPL
|
|