CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1722|Reply: 2

[Sabah] Lelaki dipenjara dua hari, denda RM20,000 beri rasuah polis

[Copy link]
Post time 25-9-2021 04:51 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipenjara dua hari dan didenda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini atas tuduham memberi rasuah kepada dua pegawai polis kerana memiliki rokok tanpa cukai.

Tertuduh, Sharif-Ud-Din, 40 mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh yang juga bekerja sendiri memberi rasuah sebanyak RM500 kepada Pegawai Polis berpangkat Penolong Penguasa Polis yang bertugas di Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada 22 April 2020 kira-kira jam 10.30 pagi.

Suapan itu adalah sebagai dorongan agar pegawai polis itu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh yang dipercayai melakukan kesalahan memiliki sejumlah rokok tanpa cukai pelbagai jenis.

Tindakan tertuduh itu melanggar Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh sekali lagi memberi rasuah sebanyak RM500 kepada anggota polis berpangkat Konstabel Polis yang bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal, Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti, IPD Kota Kinabalu kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 23 Mac tahun lalu.

Rasuah itu sebagai dorongan agar anggota polis berkenaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya yang dipercayai melakukan kesalahan memiliki sejumlah rokok tanpa cukai pelbagai jenis.

Untuk perbuatan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Tertuduh mengaku bersalah dengan setiap pertuduhan dan diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama sehari dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah mengarahkan agar tertuduh menjalani hukuman penjara berjalan serentak dan membayar denda keseluruhan sebanyak RM20,000.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2021 04:52 AM | Show all posts
setakat rm500 ... hancur masa depan ... tak berbaloi ...

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 06:14 AM | Show all posts
mungkin RM500 tu tak cukup kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050265 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list