hahaha berbelit2 nak nyebut ...
nama tak glamor : Bunga bangkai atau Rafflesia...
Bunga bangkai kumpulan tumbuhan Amorphophallus dari keluarga Araceae (tals-talasan).
Jenis ini yang paling dikenal dari bunga bangkai (Amorphophallus) adalah bunga bangkai raksasa titan arum yang mempunyai nama latin Amorphophallus titanum dan Amorphophallus gigas atau Sumatera Giant Amorphophallus. Amorphophallus titanum mencatat rekod sebagai bunga dengan struktur perbungaan tertinggi di dunia diikuti Amorphophallus gigas di tangga kedua.
Kita mungkin terfikir bahawa bunga bangkai hanya merupakan satu spesis sahaja walhal terdapat lebih 170 spesies tumbuhan ini di seluruh dunia.
Mari kongsikan pendapat dan pengalaman tuan/puan jika pernah bersua dengan tumbuhan sebegini.
Amorphophallus hewittii atau bunga bangkai antara 200 jenis yang terdapat didunia. Sarawak mempunyai 15 jenis bunga tersebut. Terletak kira kira 100 meter sahaja dari Ibupejabat Taman Negara Gunung Gading Lundu.
Orang ramai yang Teringin melihat bunga tersebut dengan lebih dekat boleh datang ke Taman Negara Gunung Gading, Lundu.
Bayaran RM10 untuk dewasa warga tempatan dikenakan untuk masuk ke taman negara.
Bunga bangkai pada masa ini berusia 5 hari dan mula mengeluarkan bau busuk serta mempunyai ketinggian 160cm.