CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2435|Reply: 11

[Sarawak] Dua lori bertembung, pemandu maut

[Copy link]
Post time 29-9-2021 10:06 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang pemandu lori berusia 46 tahun maut dalam kemalangan yang melibatkan dua lori di Batu 13, Jalan Sibu-Bintulu pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata Kong Sii Cheng dalam perjalanan dari Stapang ke Sibu ketika lorinya terlanggar sebelah kanan belakang sebuah lori lain yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 29 tahun dari arah bertentangan.

"Siasatan polis mendapati pemandu berusia 29 tahun itu hilang kawalan sehingga menyebabkan berlanggar dengan lori mangsa," katanya.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi pemandu lori patah bahu kanan dibawa ke Hospital Sibu.

Tiada tangkapan dibuat kerana kerana lelaki terbabit masih dirawat di hospital.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


utusanborneo.com.my/2021/09/29


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 10:42 PM | Show all posts
Laju sgt ka? Kenderaan malfunction? Hilang kawalan? Salam takziah utk keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lori remuk camni, laju betul agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 06:41 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 29-9-2021 10:42 PM
Laju sgt ka? Kenderaan malfunction? Hilang kawalan? Salam takziah utk keluarga mangsa.
lori kat sini memang selalu nya laju


SIBU: Pemandu lori maut apabila dua buah lori terlibat dalan kejadian kemalangan di Batu 13 Jalan Sibu/Bintulu, petang tadi.

Mangsa Kong Sii Cheng 46  tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala maut ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kemalangan berlaku apabila lori dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lagi lori.

Menurutnya,  akibat daripada kemalangan tersebut mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian, manakala seorang lagi pemandu mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sibu (ICU),.

"Kemalangan berlaku apabila sebuah Lori Rigid yang bergerak dari arah Sibujaya  menuju ke arah Jalan Stapang.

"Ketika tiba di satu jalan berbukit di Jalan Batu 13 Sibu/Bintulu, pemandu  telah hilang kawalan menyebabkan bahagian belakang lori masuk ke arah bertentangan menyebabkan lori mangsa (maut) yang bergerak dari arah Stapang melanggar sebelah kanan bahagian belakang," katanya dalam kenyataan.

Kes masih dalam siasatan.


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-9-2021 06:41 AM
lori kat sini memang selalu nya laju



Jalan sedap lapang kot nohhh...syok tekan minyak. Xpenah smpai sana2 lg. Nk compare area I'm/was living ni lg byk tekan brek dr bulih tekan minyak!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 09:51 AM | Show all posts
MasyaAllah ngerinya tengok keaadaan lori tu. Possibility mangsa nak survived very low. Tapi semuanya bergantung pada Yang Maha Esa. Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-9-2021 06:41 AM
lori kat sini memang selalu nya laju



Eh dapat tacang tenkiu kaka..

Satu lagi selalu kalau lori & bas ni laju ditambah pulak driver ambik bahan terlarang.. nasib yang ni tak melibatkan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 01:35 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 30-9-2021 08:27 AM
Jalan sedap lapang kot nohhh...syok tekan minyak. Xpenah smpai sana2 lg. Nk compare area I'm/was l ...
sedap lapang tu idak la

dah memang perangai suka mencilok ...
kalo cilok tak merbahaya takpa juga ...

pernah tengok satu lori ni cuba nak over take 2 kereta ... tak sempat ... orang belakang la naya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2021 01:38 PM | Show all posts
hareeeesah replied at 30-9-2021 11:02 AM
Eh dapat tacang tenkiu kaka..

Satu lagi selalu kalau lori & bas ni laju ditambah pulak driver a ...
kan ...

rasa jalan tu dia yang punya ...


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoila dahsyat nya impact dia.. Takde chance nak survive langsung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2021 10:13 PM | Show all posts

Pemandu lori maut dalam kemalangan di Jln Sibu-Bintulu



SIBU: Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Jalan Batu 13 Sibu-Bintulu, sekitar jam 3.05 petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kong Sii Cheng, 46, disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Sementara itu, pemandu sebuah lagi lori yang dilaporkan mengalami patah di bahagian bahu kanan kini sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sibu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas salah sebuah lori hilang kawalan ketika bergerak dari Sibujaya ke arah Jalan Stapang.

“Lori dipandu mangsa, 29, hilang kawalan ketika tiba di satu jalan berbukit menyebabkan bahagian belakang lori masuk ke jalan bertentangan.

“Akibat daripada itu, sebuah lori yang bergerak dari Jalan Stapang melanggar sebelah kanan bahagian belakang lori terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes setakat ini disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


sarawakvoice.com/2021/09/30


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aihhhhhh...
Hancurrrrr terussss lorinya!
Takziah diucapkan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.050468 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list