CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2809|Reply: 1

[SEJARAH] Pulau Buatan Purba Pertama Manusia Yang Dibina Kerajaan Melayu Srivijaya

[Copy link]
Post time 30-9-2021 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Buatan Purba Pertama Manusia Yang Dibina Kerajaan Melayu Srivijaya


Salah Satu Kejaiban Dunia, Pulau Cempaka Dan Pulau Nangka, Dua Buah Pulau Buatan Purba Pertama Manusia Yang Dibina Kerajaan Melayu Srivijaya Yang Didalamnya Terdapat Taman Bunga

Kita hanya mengetahui pulau buatan pertama dunia adalah Pulau Tenochtitlan yang dibangunkan oleh Tamadun orang asli Indian Aztec di Tasik Texcoco, Mexico yang bangunkan pada tahun 1325 masihi.



Tetapi tahukah anda semua bahawa tamadun orang Melayu sebenarnya adalah tamadun pertama di dunia yang telah membuat pulau buatan manusia pertama di dunia. Malah lebih menarik lagi bukan sebuah pulau buatan yang dibangunkan pada masa tersebut tetapi dua buah pulau buatan. Malah bukti fizikal dua buah pulau buatan tersebut masih kekal sehingga kini untuk tatapan generasi anak Melayu sekarang.
Kehebatan tamadun nenek moyang kita membuat dua buah pulau buatan pertama di dunia tersebut sehingga kini ramai yang tidak mengetahuinya. Malah lebih menyedihkan lagi dunia seperti tidak mahu mengiktiraf kehebatan yang pernah dicipta oleh tamadun orang Melayu satu ketika dahulu.



Kerajaan Srivijaya (650 hingga 1377 masihi) adalah sebuah tamadun hebat orang Melayu dengan beberapa pencapaian yang amat hebat dalam pelbagai bidang seperti teknologi, sosial, keagamaan, diplomatik, ketenteraan, politik, penjelajahan, kejuruteraan, kebudayaan dan kesenian.
Kehebatan kerajaan Srivijaya ini dalam bidang kejuruteraan ini, bukan hanya melibatkan  pembinaan monumen, perkapalan, infrastruktur,  pengairan dan pertanian. Kehebatan yang tiada tandingan kerajaan Srivijaya ini dalam bidang kejuruteraan ini dibuktikan melalui pembinaan sistem terusan yang rumit yang menyalurkan sumber air sungai kepada penduduk kerajaan Srivijaya pada masa tersebut.

Lebih menakjubkan apabila teknologi kejuruteraan kerajaan Srivijaya pada masa tersebut bukan hanya membina sistem terusan tetapi membina dua buah pulau buatan yang agak besar yang di dalam pulau-pulau tersebut terdapatnya taman dengan kemudahan seperti bangunan dan jeti. Pulau buatan ini terletak di tengah-tengah tasik buatan manusia yang mana tasik buatan ini disalirkan bekalan air dari Sungai Musi, Palembang, Sumatera Selatan. Malah kedua buah pulau ini, tasik dan sistem terusan tersebut sebenarnya dalam sebuah komplek taman purba iaitu tapak Taman Purba Karanganyar atau Taman Purbakala Kerajaan Srivijaya.




Keluasan Pulau Cempaka tersebut adalah 40 x 40 meter dan Pulau Nangka adalah 623 x 325 meter. Melalui aktiviti arkeologi yang dijalankan dikawasan komplek Taman Purba Karanganyar telah menemui pelbagai jenis artifak purba seperti sisa atap genting, sisa seramik dinasti (Tang, Song, Yuan dan Qing), tempayan, pingan mangkuk purba, kendi, periuk, pasu, batu bata bangunan, manik-manik, damar, sisa perahu dan tungku.




Komplek Taman Purba Karanganyar ini terletak ditengah-tengah pertembungan antara Sungai Musi, Sungai Ogan dan Sungai Kramasan. Taman purba ini juga dibahagi kepada tiga sektor iaitu sektor 1, 2 dan 3. Sektor 1 terdiri tasik, Pulau Cempaka dan Pulau Nangka. Sektor 2 terletak di barat daya sektor 1, memiliki 1 tasik kecil dan pulau kecil dan sektor 3 terletak sebelah timur sektor 1.


Sumber:https://www.facebook.com/KISAHNYADUNIA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 03:41 PM | Show all posts
wow.. iolls baru tau pasal pulau ciptaan ni.. thanks for knowledge sharing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058290 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list