View: 4712|Reply: 10
|
Model baru, Samsung M22. Diskaun RM120 sempena 10.10
[Copy link]
|
|
Galaxy M22 tiba dengan diskaun RM120 sempena Shopee 10.10
OLEH Najib
1:34 pm
01/10/2021
Samsung Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan telefon pintar Galaxy M22. Ia menampilkan skrin Super AMOLED 90Hz dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecas 25W.
Telefon pintar siri Galaxy M hanya dijual dalam talian. Untuk Galaxy M22, ia akan dijual di Stor Online Samsung Malaysia mulai 5 Oktober dan Stor Rasmi Samsung Shopee mulai 3 Oktober 2021.
Harga rasmi Galaxy M22 dengan RAM 6GB dan storan 128GB telah ditetapkan pada RM899. Tetapi sempena kempen 10.10 Shopee, ia akan menerima diskaun sebanyak RM120 menjadi RM779 sahaja. Promosi ini berjalan dari 3-10 Oktober 2021 di Shopee sahaja.
Terdapat dua warna disediakan untuk pilihan Galaxy M22, antara hitam dan biru.
Spesifikasi
Sebenarnya, rupa dan spesifikasi Galaxy M22 tidak ada bezanya dengan Galaxy A22 LTE yang telah tiba lebih awal di Malaysia. Perbezaannya dilihat hanya pada pilihan warna, di mana Galaxy A22 LTE ada warna hijau, ungu dan hitam.
Telefon ini dikuasakan cip Mediatek Helio G80, bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Kad mikroSD sehingga 1TB turut diterima untuk meluaskan storan.
Skrinnya jenis Super AMOLED 90Hz 6.4-inci dalam resolusi HD+ sahaja. Tetapi pengimbas capjarinya di sisi, bergabung dengan butang kuasa.
Untuk kamera, ia gandingan 4 kamera di belakang iaitu kamera utama 48MP OIS, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Di hadapan, takuk kecil di atas skrin memuatkan kamera 13MP F2.2.
Bateri pula berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W USB-C. Tetapi Samsung memberikan kepala pengecas 15W di dalam kotak. Telefon ini tiada speaker stereo tetapi masih ada jek audio 3.5mm.
[Sumber: Samsung]
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama ja kedua2..guna mediatek helia g80 |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Sarah, kalau Mediatek mmg slow sikit ke performance?
|
|
|
|
|
|
|
|
Xim replied at 2-10-2021 11:04 PM
Kak Sarah, kalau Mediatek mmg slow sikit ke performance?
Snapdragon dikatakan paling power berbanding exynos dsn meditek.. Kak sarah pernah guna phone yg chipset mediatek.. Slow...berbanding exynos kat a51 kak sarah..
Ni tgk skodeng tab s7 FE sebab dia guna snapdragon 778G.. Plus environment Samsung kak sarah mmg dah tau nak godek sana sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Xim at 2-10-2021 11:23 PM
sarah82 replied at 2-10-2021 11:10 PM
Snapdragon dikatakan paling power berbanding exynos dsn meditek.. Kak sarah pernah guna phone yg c ...
So ikut aturan yg elok
1. Snapdragon
2. Exynos
3. Mediatek
Cmni?
Sbb ada simpan Samsung Galaxy Alpha pakai Exynos kemain slow rasa nak baling je....tp fhm la...usia dia pun dah 5thn kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Xim replied at 2-10-2021 11:22 PM
So ikut aturan yg elok
1. Snapdragon
5 tahun dah kira outdated dah bg android..huhuhuhu.
Snapdragon pesaing terdekat dgn M1 chipset apple pun.
M1 chipset ramai youtube gadget geek ckp belum betul2 dipergunakan sepenuhnya oleh apple.
|
|
|
|
|
|
|
|
TT.. Buka thread rumor Samsung galaxy tab S8 Ultra bakal diumumkan.
Aku baca katanya s8 Ultra ada the most powerful snapdragon chipset |
|
|
|
|
|
|
|
hang nak pakai snapdragon
tapi guna hp setakat nk tgk WhatsApp, Tiktok, IG
weiii
aku tak jumpa lagi rumours tu
yg aku baca
pasal iPhone 14 storage 2TB wow!
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 2-10-2021 11:45 PM
hang nak pakai snapdragon
tapi guna hp setakat nk tgk WhatsApp, Tiktok, IG
Hahaha.. Aku baru baca rumors tu tadi.. Basically phone aku mcm aku punya laptop.. Segala mak nenek aku guna kat phone ni... Muahahahaa..
IPhone 14 sama sebiji sejebon dgn semua android phone yg bulat tgh kecik saja.. Jadi bagi aku baik tgg iPhone 14 |
|
|
|
|
|
|
|
untuk penggunaan biasa boleh lah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|