CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1464|Reply: 0

[Sabah] Pihak berkuasa perlu ambil tindakan tangani banjir di Menumbok

[Copy link]
Post time 2-10-2021 09:05 PM | Show all posts |Read mode

REDAH: Keadaan penduduk yang terpaksa meredah banjir untuk ke kawasan selamat.

BEAUFORT: Pihak berkuasa diminta untuk mengambil tindakan segera serta mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku di Menumbok terutama semasa musim hujan.

Setiausaha Umno Bahagian Beaufort, Abdul Rahman Taib berkata sekurang-kurangnya tiga kampung di sini kerap dilanda banjir menyebabkan banyak rumah penduduk ditenggalami air dan menyukarkan mereka untuk keluar rumah.

“Lebih buruk lagi, kejadian banjir ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu baru-baru ini.

“Antara kampung yang terlibat ialah Kinanap, Darat dan padang golf dan boleh dilihat banyak rumah ditenggalami air,” katanya.

Katanya pihaknya sudah menghubungi jurutera daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Penyu bagi memaklumkan mengenai kejadian banjir itu agar tindakan segara dapat diambil.

"Kita meminta mereka memeriksa dan memantau keadaan beberapa kalbut yang tidak mampu menampung air menyebabkan limpahan ke kawasan rumah penduduk terlibat.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dan mencari jalan penyelesaian memandangkan banjir terlalu kerap melanda daerah ini terutama ketika musim hujan.

"Kita sangat sedih dan kasihan melihat keadaan penduduk apabila rumah mereka ditenggalami air dan terpaksa meredah air banjir hingga ke paras leher untuk keluar rumah," katanya.

Sementara itu, penduduk melahirkan rasa kecewa selepas tidak kelihatan kelibat wakil rakyat pegawai yangbbertanggungjawab untuk datang memantau masalah yang dihadapi penduduk.

Salah seorang penduduk, Mohd Ariffin Said, berkata penduduk di Menumbok seolah-olah tidak diberi perhatian oleh wakil rakyat setiap kali ditimpa bencana.

"Penduduk juga berhadapan dengan situasi bekalan air yang sangat keruh dalam minggu ini dan untuk kali ini kami ditimpa bencana banjir pula, itulah cabaran berganda bagi kami,” katanya.

credit



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.073831 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list