View: 1630|Reply: 1
|
[Sabah]
Pengedar dadah warga tempatan ditahan polis
[Copy link]
|
|
PAPAR: Tindakan licik seorang lelaki warga tempatan yang menjadi dalang terhadap pengedaran dadah di sekitar kawasan Bongawan akhirnya membawa padah selepas ditahan sepasukan polis dalam satu operasi di sini.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata suspek berumur 40-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar malam kelmarin.
“Semasa penahanan suspek, hasil pemeriksaan terhadapnya berjaya menemukan 5.39 gram hablur jernih di dalam satu bungkusan plastik dipercayai dadah jenis syabu.
“Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Papar untuk menjalani pemeriksaan air kencing dan hasil keputusan menunjukkan suspek turut terlibat dalam aktiviti penagihan dadah selepas positif dadah methapetamine dan amphetamine,” katanya.
Batholomew berkata hasil siasatan lanjut juga mendapati suspek bergiat aktif dengan aktiviti pengedaran dadah di kawasan Bongawan sepanjang musin Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Katanya suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Kata Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah terutama di daerah ini.
“Saya nasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah didaerah ini agar memaklumkan kepada pihak PDRM IPD Papar khususnya dengan kadar segera,” katanya.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
gud job pdrm..tp ni ikan bilis jer |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|