CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1492|Reply: 0

[Sabah] Program sanitasi sekolah sekitar bandaraya bermula

[Copy link]
Post time 2-10-2021 09:19 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Rakyat dinasihatkan terus mengambil langkah berjaga-jaga kerana COVID-19 kini berada dalam komuniti.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Joachim Gunsalam berkata, semua anggota masyarakat perlu sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan oleh Kerajaan dalam usaha mengekang penularan pandemik ini.

Menurutnya, berikutan dengan kebimbangan itu, satu program sanitasi sekolah telah diwujudkan.

"Kerja-kerja sanitasi akan dipertanggungjawabkan kepada Acechem Resources (Sabah) Sdn. Bhd.

"Kerja-kerja sanitasi seluruh bangunan sekolah, yang akan dilakukan seawal jam 8 pagi, turut melibatkan Persatuan Komuniti Toraja Malaysia Cawangan Kota Kinabalu dalam pelaksanaanya," katanya ketika melancarkan Program Sanitasi Sekolah di sini, semalam.

Beliau berharap usaha seumpamanya akan dilaksanakan di sekitar bandaraya ini serta daerah lain di Sabah.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Persekutuan Industri Sabah (FSI) di bawah pimpinan Presidennya, Richard Y.H. Lim, dan Pengarah Acechem Resources  (Sabah) Sdn. Bhd. Datuk Kalina Wong atas inisiatif membantu sekolah-sekolah dalam menjalankan kerja-kerja sanitasi sebelum sesi persekolahan baharu dibuka tidak lama lagi.

credit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049520 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list