CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 0

[Sarawak] 148 produk warisan Centexs kini dijual dalam talian

[Copy link]
Post time 3-10-2021 12:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-10-2021 04:54 PM



KUCHING: Selain daripada lumek merah gula apong, coklat terung asam juga kini boleh didapati di platform dalam talian GrabMart dan Pandamart di bawah Heritage Central Gallery.

Berlandaskan misi menjadi sempadan pengkomersialan produk warisan dan digital negeri ini, ia merupakan  inisiatif terbaharu Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) Komersial dalam membantu usahawan tempatan.

Pengurus Besarnya Mohamad Shahren Mohamad Yusri (gambar)berkata, usaha berkenaan baharu sahaja dilancar dan menemui pengguna pada minggu lepas. “Setakat ini, terdapat 148 produk makanan, minuman serta kraf warisan Sarawak dijual dalam platform dalam talian pasar Grab dan Foodpanda.

“Ia agak berbeza kempen kita dengan Sarawak Digital Mall kerana di sini tiada produk seperti keringkam dan songket tetapi difokuskan kepada makanan dan minuman termasuk kraf,” katanya pada Rabu.

Sementara itu, katanya pada awal bulan ini Centexs Komersial turut menyertai kempen Sarawak Digital Mall sebagai langkah membantu meningkatkan kemampuan pengusaha tempatan memasarkan produk melalui platform digital kepada pengguna luar negeri.

Pada masa sama, satu lagi inisiatif menarik yang akan datang adalah kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (Mintred).

“Kerjasama itu dijangka dilancarkan bulan depan bagi menempatkan produk warisan usahawan tempatan di Pavilion Produk Sarawak (SPP), Kuala Lumpur. “Di samping itu, kami bekerjasama dengan Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (Statos) untuk tujuan yang sama.

“Bagi inisiatif dalaman, kami mewujudkan pasukan pemasaran khusus yang juga membantu memastikan produk yang ada dijual,” katanya lagi.

Menurutnya, sejak awal penubuhan Centexs Commercial, organisasi ini berkembang dan terus komited menjadi platform pengkomersialan utama bagi pengusaha tempatan di sekitar Sarawak.

“Kami  juga menyediakan perkhidmatan mempromosikan produk jualan secara atas talian di aplikasi Facebook dan Instagram termasuk bekerjasama dengan platform atas talian seperti Bazar Rakyat Online Sarawak Ku Sayang (BROSS) dan beberapa yang lain,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya menyasarkan sekitar 1,000 pengusaha tempatan bergabung dengan Centexs Commercial pada tahun ini. “Usahawan ini mendapat banyak faedah seperti bantuan dalam pemasaran dan promosi, bekerjasama dengan Sirim dalam menjaga makanan dan keselamatan, termasuk penjenamaan dan pelabelan.

“Dalam masa sama, kita turut memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan pasaran produk tempatan agar ia dapat dikenali hingga ke peringkat luar Sarawak,” tambahnya lagi.


sarawakvoice.com/2021/10/01/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.070933 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list