KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 2,121 kes harian positif Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat setakat hari ini adalah 214,158.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 2,108 kes atau 99.39 peratus adalah daripada kategori 1 dan 2 manakala 13 kes atau 0.61 perstus merupakan kategori 3, 4 dan 5.
“Daerah Kuching terus merekodkan kes tertinggi iaitu 899, diiringi oleh Miri (200); Sibu (153); Bintulu (88); Sarikei (86); Samarahan (78); Belaga (67); Sri Aman (64); Limbang (55); Kanowit (44); Saratok (41); Mukah (39); Bau (35); Betong (34); Serian (33); dan Kapit (31).
“Manakala, Lubok Antu (27); Pusa dan Asajaya (21); Lawas dan Daro (16); Subis (13); Song (11); Julau (9); Pakan (7); Tanjung Manis (6); Matu dan Tebedu (5); Lundu, Meradong, Simunjan dan Tatau (3); Kabong, Bukit Mabong, Selangau, Telang Usan dan Dalat (1),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, menurut JPBN terdapat 10 kes kematian direkodkan di Sarawak hari ini melibatkan mereka yang berusia antara 39 hingga 87 tahun.
Sehubungan itu, JPBN memberitahu terdapat satu kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Lorong Cahaya Damai, Kuching.
“Tiada kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan hanya 107 kluster yang aktif di Sarawak,” ujarnya.
sarawakvoice.com/2021/10/02
|