KUCHING: Tiga aspek utama yang perlu diberikan perhatian dalam menguruskan pandemik iaitu kesihatan dan keselamatan rakyat; keseimbangan antara ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan; dan kesejahteraan rakyat dalam konteks norma sosial, termasuk kesihatan mental dan emosi rakyat.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegaskan, langkah pembukaan semula sektor-sektor sosial dan ekonomi di dalam negara mestilah dilakukan dengan berhati-hati dan selamat.
”We want to reopen all of our sectors safely,” katanya.
“Oleh sebab itu, pada 8 Ogos dan 15 Ogos lalu, kerajaan telah mengumumkan kemudahan-kemudahan sektor sosial dan ekonomi hanya bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.
Khairy menyatakan bahawa kejayaan untuk membawa negara keluar dari pandemik ini tidak hanya bergantung pada usaha dan strategi kerajaan, tetpai juga sangat bergantung pada tahap pematuhan masyarakat pada prosedur operasi standard yang ditetapkan.
“Sekiranya masyarakat mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk,” tegasnya.
“Oleh sebab itulah, tumpuan mesti diberikan kepada pendidikan masyarakat supaya masyarakat faham peranan dalam usaha membawa negara keluar dari pandemik ini,” katanya lagi.
“Anda kini ialah barisan hadapan untuk melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya.
sarawakvoice.com/2021/10/02
|