CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2217|Reply: 2

[Sabah] Lelaki warga asing maut dipercayai terkena renjatan elektrik

[Copy link]
Post time 2-10-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing ditemui maut di dalam longkang dipercayai terkena renjatan elektrik di simpang pekan Batu 8, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun ditemui oleh awam sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.32 pagi.

“Sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa selepas pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memutuskan bekalan elektrik,” katanya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan seterusnya dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk pemeriksaan lanjut.

“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan bagi memastikan kawasan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.18 pagi.

“Kes tersebut diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mcmana blh kena tu xphm..takziah
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 01:24 AM | Show all posts

Jumpa Mayat Dalam Longkang Di Bandar Sibuga



Anggota bomba membawa naik mayat lelaki yang ditemui dalam longkang di Bandar Sibuga hari ini. – Foto BOMBA

SANDAKAN: Mayat lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik ditemui dalam longkang di Bandar Sibuga, Batu 8, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Nasir Hasaan, 30, ditemui orang awam sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.32 pagi.

Katanya, sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian menggunakan sebuah jentera bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian sejauh sepuluh kilometer dari BBP Sandakan, kami menemui seorang lelaki dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Lelaki berkenaan dipercayai terkena renjatan elektrik dan sebelum usaha membawa mangsa ke kawasan selamat, kerja pemotongan bekalan elektrik perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.

“Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya. – HMetro


sabahpost.net/2021/10/02


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035732 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list